MELAKA TERUSKAN AKITIVI PELANCONGAN SELEPAS TAMAT TMM2024

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 6 Oktober – Melaka akan terus merancakkan aktiviti pelancongan dengan menawarkan pelbagai pakej menarik dan seterusnya mempromosi negeri itu ke persada dunia pada tahun hadapan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, meskipun Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) berbaki tiga bulan sahaja lagi sehingga 31 Disember, usaha merancakkan sektor pelancongan tidak dihentikan sebaliknya diperkasakan lagi sepanjang 2025.

Katanya, Melaka juga akan menggunakan kesempatan menjadi negeri tuan rumah bagi acara World Tourism Day (WTD) 2025 bagi memperkenalkan Melaka kepada dunia.

“Pada tahun 2025, Melaka menjadi tuan rumah untuk WTD di mana seramai 151 peserta terdiri daripada menteri-menteri pelancongan akan berhimpun di Melaka. Menggunakan kesempatan itu, kita bukan bawa Melaka ke peringkat dunia, tapi kita bawa ‘dunia’ ke Melaka.

“Apabila tamatnya TMM2024 nanti bukan bererti aktiviti pelancongan di Melaka berakhir bahkah kita akan teruskan dengan pelbagai acara besar yang akan dilaksanakan nanti,” jelasnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Melaka Explorace 2024 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Sains,Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan dan Pegawai Kewangan Negeri Datuk Wira Salhah Salleh serta kenamaan lain.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

38
Kongsi :
Previous post POLIS TAHAN TIGA LELAKI BERKELAKUAN TIDAK SENONOH KETIKA ACARA LARIAN ANTARABANGSA
Next post MELAKA EXPLORACE DITERUSKAN TAHUN HADAPAN – AB RAUF
Ubah saiz-+=