Sorting by

×

MELAKA TERUS JADI TUMPUAN PENGANJURAN ACARA BERTARAF KEBANGSAAN

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

SERI NEGERI 25 April – Yang di-Pertua Negeri Melaka Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim atas kepercayaan memilih Melaka sebagai tuan rumah bagi pelbagai acara utama peringkat kebangsaan.

Menurutnya antara penganjuran terkini yang membanggakan ialah Majlis Sambutan Aidilfitri Madani 2025 yang telah berlangsung dengan penuh kemeriahan dan disambut hangat oleh masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

“Saya mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Persekutuan atas sokongan dan kepercayaan memilih Melaka sebagai tuan rumah bagi penganjuran majlis-majlis utama peringkat kebangsaan.

“Saya turut dimaklumkan juga antara acara besar yang akan berlangsung di Negeri Melaka termasuklah sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD 2025) dan Persidangan Pelancongan Sedunia 2025 (WTC 2025), sambutan Hari TVET Negara serta tuan rumah pelancaran Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Pemilihan melaka sebagai tuan rumah bukan sahaja membuktikan pengiktirafan terhadap keunikan dan keistimewaan negeri ini dari segi sejarah, budaya dan pembangunan.

“Malah ia turut membuka peluang kepada sektor pelancongan, ekonomi dan komuniti setempat untuk terus berkembang maju,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas di Dewan Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka, di sini, hari ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

252
Kongsi :
Previous post SEGERAKAN PEMBINAAN HOSPITAL WANITA DAN KANAK-KANAK
Next post SIDANG DUN MELAKA MENGENANG ALLAHYARHAM TUN ABDULLAH