Sorting by

×

Melaka terima transaksi jualan rumah RM1.3 bilion

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

PERINGGIT 11 April – Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) menerusi Kempen Pemilikan Rumah (HOC) 2019 merekodkan nilai jualan rumah bernilai RM1.3 bilion di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri Datuk Seri Abdul Ghafaar Atan berkata, nilai tersebut membabitkan sebanyak 3,007 unit rumah yang telah terjual.

“Justeru, Kempen Pemilikan Rumah kali ini membolehkan pemaju perumahan mempromosi produk mereka kepada bakal pembeli rumah seterusnya membantu kerajaan negeri merealisasikan visi ‘Satu Keluarga Sebuah Rumah’.

“Kempen ini juga disertai dua agensi Kerajaan dan 13 pemaju perumahan swasta dengan 40 projek di Negeri Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penutup Kempen Pemilikan Rumah Negeri Melaka 2021 dan Pelancaran REHDA Melaka FB E-Properties Advertisement mewakili Ketua Menteri Melaka di sebuah pasar raya di sini, hari ini.

Jelasnya, selain daripada hartanah perumahan HOC yang berdaftar, pembeli berpeluang mendapatkan informasi pelbagai jenis hartanah mampu milik di bawah Lembaga Perumahan Melaka (LPM) dan PR1MA.

“Kerajaan negeri akan terus menjalin kerjasama dengan REHDA Melaka dan pemaju swasta.

“Maklum balas dan cadangan yang dikemukakan pihak REHDA Melaka mengenai Dasar Perumahan Negeri Melaka sudah pasti akan dikaji, diteliti dan dipertimbangkan sewajarnya demi manfaat rakyat dan industri pembangunan di negeri ini,” katanya lagi.

Hadir sama Pengarah Eksekutif LPM Mohd Salleh Hamidom; Pengerusi Penganjur HOC-MAPEX 2021, Datuk Ngoh Chun How dan Pengerusi Rehda Melaka, Datuk Ng Choon Koon.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

818
Kongsi :
Previous post Murid SJKC Bukit Beruang positif COVID-19
Next post Ideas on Civilization: The Homeland Basis for Malaysia’s National Culture
Ubah saiz-+=