Melaka terima tambahan RM2 juta promosi TMM2024

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BANDARAYA MELAKA 1 Januari – Melaka menerima peruntukan tambahan berjumlah RM2 juta bagi memperhebat kempen promosi Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, peruntukan itu disalur Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) selepas melihat Melaka mampu melakar kejayaan dalam sektor pelancongan.

“Terima kasih kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing kerana melihat bahawa sambutan ini adalah satu kejayaan dan kebanggaan rakyat Melaka.

“MOTAC sangat menghargai kesungguhan Kerajaan Negeri dan seluruh warga kerja di bawah portfolio pelancongan yang menjayakan sambutan TMM2024 dan Ambang tahun baharu 2024.

“MOTAC sentiasa memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri, yang mana Melaka tertakluk di bawah sebuah negeri kota warisan yang diberikan perhatian untuk dijaga dan dipelihara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan TMM2024 & Ambang Tahun Baharu 2024 di Dataran Pengkalan Rama di sini, malam ini.

Majlis itu disempurnakan oleh Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Rustam dan isteri Toh Puan Datuk Wira Asmah Ab Rahman.

Hadir sama, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing; Ketua Menteri Melaka Ke-12, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari.

Turut hadir, Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman dan barisan Exco serta Timbalan Exco Kerajaan Negeri.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1130
Kongsi :
Previous post Kerjasama rakyat, pelbagai pihak bantu promosi Melaka
Next post Persembahan kebudayaan buka tirai TMM2024
Ubah saiz-+=