Melaka terima RM8 juta naik taraf infrastruktur di lokasi ‘hotspot’ banjir – KM
SERI NEGERI 23 Jun – Kerajaan negeri menerima peruntukan khas berjumlah RM8 juta bagi menjalankan kerja-kerja menaik taraf infrastruktur di lokasi panas banjir di negeri ini.
Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, peruntukan khas Perdana Menteri itu akan digunakan bagi menaik taraf sistem perparitan dan kerja-kerja lain berkaitan di 22 ‘hotspot’ utama banjir di negeri ini.
“Mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Melaka di Bilik Mesyuarat Tun Mutahir, di Seri Negeri.
“Pada mesyuarat yang sama, saya mewakili Kerajaan Negeri Melaka menerima cek berjumlah RM8 juta di bawah Peruntukan Khas Yang Amat Berhormat (YAB) Perdana Menteri bagi menaik taraf sistem perparitan dan kerja-kerja lain berkaitan di 22 hotspot utama banjir di Negeri Melaka,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook rasminya.
Hadir sama EXCO Kanan Pelaburan, Perindustrian, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Melaka; serta Ketua-ketua Jabatan Negeri Melaka.
Dalam pada itu, Sulaiman turut berharap segala perbincangan dan keputusan yang dibuat pada mesyuarat berkenaan bakal memberi impak kepada pembangunan di Melaka demi kesejahteraan rakyat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
PDRM ANJUR MAJLIS MAKAN MALAM AMAL DI MITC, 28 DISEMBER DEPAN
KUALA LUMPUR 20 November - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menganjurkan Majlis Makan Malam Amal 'Blue Serenade Charity Dinner Live...
MPAG TAMBAH BAIK FASILITI EKOPELANCONGAN PAYA LEBAR
AYER LIMAU 20 November - Fasiliti Ekopelancongan Paya Lebar akan ditambah baik oleh pihak Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) bagi...
TIADA CADANGAN TARIK SUBSIDI MINYAK MASAK PEKET
PUTRAJAYA, 20 Nov - Menteri Ekonomi Rafizi Ramli menjelaskan kerajaan tidak mempunyai rancangan untuk menarik subsidi minyak masak peket. Rafizi...
DUA PORT BERGAMBAR DI AYER KEROH UNTUK GENG RXZ
AYER KEROH 20 November - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) menyediakan dua platform bergambar bagi menyambut ketibaan peminat motosikal...
ORANG JASIN, JOM TUKAR BARANG TERPAKAI JADI DUIT 7 DISEMBER INI
JASIN 20 November - Orang Melaka khususnya warga Jasin dipelawa menjana ekonomi sampingan dengan menjual sisa barangan terpakai di rumah...
WARIS PENDEPOSIT SIMPAN SSPN TERIMA MANFAAT LEBIH RM129,000
AYER LIMAU 20 November - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menerusi Program Ziarah PTPTN Prihatin telah mengunjungi waris salah...