Sorting by

×

MELAKA TERIMA RM1.7 JUTA PERUNTUKAN MARRIS BAGI PEMASANGAN LAMPU JALAN TAHUN INI

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

SERI NEGERI 29 April – Jabatan Kerja Raya (JKR) Melaka menerima peruntukan RM1.7 juta bagi tahun 2025 di bawah Sistem Maklumat Rekod-rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) untuk pemasangan lampu jalan di seluruh negeri ini.

Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata peruntukan itu akan digunakan untuk pemasangan lampu di jalan negeri dan jalan kampung di ketiga-tiga daerah.

“Setiap daerah akan menerima peruntukan sebanyak RM500,000 untuk pemasangan lampu jalan di jalan kampung, manakala sejumlah RM200,000 diperuntukkan bagi pemasangan lampu jalan di jalan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Tuminah Kadi @ Mohd Hashim (BN- Pantai Kundor) pada Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas di Dewan Persidangan Seri Negeri di sini, hari ini.

Menurut beliau, senarai permohonan pemasangan lampu jalan di jalan kampung telah diselaraskan di peringkat Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) sebelum dimajukan kepada pihak JKR untuk proses pelantikan kontraktor.

“Kerja-kerja pemasangan akan dilaksanakan setelah kontraktor dilantik. JKR Melaka sentiasa membuat permohonan pemasangan lampu jalan di kawasan gelap, terutama di kawasan berisiko tinggi kemalangan, bagi meningkatkan keselamatan pengguna jalan raya di negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

225
Kongsi :
Previous post TIGA TAMAN PERUMAHAN BAHARU BAKAL DIBINA DI DURIAN TUNGGAL
Next post BERAS MELAKA DIJUAL DI 4 LOKASI