Melaka terima nilai FDI, DDI tertinggi pada 2022 – KM

Masa Membaca:54 Saat

SERI NEGERI 14 Mac – Kerajaan Negeri berjaya mencapai sasaran kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) berjumlah RM8.6 bilion bagi tahun lalu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata nilai itu direkodkan paling tinggi diterima Kerajaan Negeri berbanding tahun sebelumnya.

“Ini satu pencapaian yang membanggakan dan diharap tahun ini kita dapat menarik lebih banyak pelabur yang boleh memberi manfaat kepada
rakyat di negeri ini.

“Bagi memastikan kerancakkan sektor pelaburan di Negeri Melaka, penyertaan pihak swasta amat disokong.  Kita menggalakkan pelaburan berkualiti yang menekankan pembangunan mampan.

“Keutamaan akan diberikan kepada bidang sedia ada dan pertumbuhan baharu yang memiliki nilai tambah tinggi, diterajui teknologi termasuk pembuatan semikonduktor berteknologi tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap bagi Usul Terima Kasih Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Melaka ‘Mengupaya Potensi, Memacu Kemakmuran Negeri’ pada Persidangan Pertama, Pengggal Kedua, hari kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-15, di sini, hari ini.

Katanya inisiatif itu, sekali gus membuka lebih banyak potensi peluang pekerjaan dan meningkatkan prospek pendapatan Kerajaan Negeri Melaka.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1663
Kongsi :
Previous post Laluan baharu Ayer Limau tambah baik sistem pengangkutan awam – KM
Next post 24 premis di Melaka tawar Menu Rahmah – KM
Ubah saiz-+=