Sorting by

×

Melaka terima 30 tan metrik beras tempatan Isnin depan

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

KOTA LAKSAMANA 21 September – Isu kekurangan beras putih tempatan di pasaran Negeri Melaka dijangka dapat diredakan dengan kemasukan sebanyak 30 tan metrik bekalan makanan asas itu Isnin depan.

Timbalan Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Low Chee Leong berkata, bekalan itu bersamaan 3,000 bungkus beras putih tempatan seberat 10 kilogram (kg) setiap satu.

Katanya, urusan mengagihkan bekalan beras putih tempatan itu akan dijalankan menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA).

“Kita sedang berurusan dengan pelbagai agensi berkenaan seperti FAMA dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), selain itu hari ini kita juga sudah edarkan sebanyak 300 beg beras putih tempatan juga seberat 10 kg di semua ‘outlet’ peruncitan FAMA.

“Saya nasihatkan rakyat Melaka jangan melakukan pembelian panik kerana bekalan beras putih tempatan di negeri ini masih stabil,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Malaysia Accelskill Academy di institusi berkenaan, di sini, hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Accelskill Academy, K. Annadurai.

Katanya, Kerajaan Negeri giat melaksanakan langkah intervensi menerusi LPP dan FAMA bagi memastikan bekalan beras putih tempatan di Melaka sentiasa mencukupi.

“Mungkin dalam masa terdekat kita akan selesaikan masalah ini, beras import ada, cuma harga tinggi sedikit, rakyat ramai yang tidak mampu jadi mereka mahu harga mampu milik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1494
Kongsi :
Previous post APMM lupus pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM27 juta
Next post Polis minta MCMC, CSM jejak sumber e-mel ancaman bom di Bank Negara
Ubah saiz-+=