
Melaka tawar hadiah lumayan reka ‘tagline’ negeri
AYER KEROH 3 Ogos – Pertandingan Reka Cipta Logo ‘Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia telah membuka penyertaannya buat seluruh rakyat Malaysia bermula 29 Julai lalu.
Pertandingan yang berjalan sehingga 25 Ogos depan dianjurkan kerajaan negeri menawarkan pelbagai hadiah lumayan dengan penyertaan secara percuma.
Menerusi hantaran di Facebook, pertandingan berkenaan menjanjikan pulangan RM5,000 beserta sijil buat pemenang hadiah utama malah menawarkan RM500 termasuk sijil penghargaan buat 10 penerima hadiah sagu hati.
“Kerajaan negeri mempelawa kepada seluruh rakyat Malaysia bagi menyertai pertandingan ini, malah peserta perlu merujuk kepada syarat pertandingan dan borang penyertaan dengan mengimbas Kod QR di hantaran yang tertera.
“Bagi maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Bahagian Komunikasi Korporat
Jabatan Ketua Menteri Melaka di talian, 06-3333333,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
SITI NURHALIZA BAKAL ‘GEGAR’ RUMAH TERBUKA KETUA MENTERI MELAKA, MALAM INI
TANJUNG BIDARA 19 April - Penyanyi nombor satu negara, Dato' Sri Siti Nurhaliza menjadi antara tetamu jemputan yang bakal menyerikan...
KERAJAAN STABIL BAWA PULANGAN KEPADA RAKYAT
TANJUNG BIDARA 19 April - Kemeriahan suasana sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri YAB Ketua Menteri Melaka di Villa d'Acqua Kampung Pulau,...
TPM HADIR RUMAH TERBUKA AIDILFITRI KETUA MENTERI MELAKA
TANJUNG BIDARA 19 April - Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahir Hamidi hadir ke Majlis Rumah Terbuka...
MAIM PERUNTUK LEBIH RM1 JUTA PERSEDIAAN RAMADAN, SYAWAL MUALAF MELAKA
KESIDANG 19 April - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) telah memperuntukkan bantuan sejumlah lebih RM1 juta bagi persediaan Ramadan dan...
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...