Melaka tawar geran RM3,000 buat usahawan Mikro dan kecil
KESIDANG 28 Jun – Kerajaan Negeri menawarkan geran perniagaan sebanyak RM3,000 buat usahawan mikro dan kecil Melaka.
Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Allex Seah Shoo Chin berkata, inisiatif menerusi Dana Pembangunan Usahawan Negeri Melaka 2024 itu ditawarkan kepada usahawan terpilih.
Jelasnya, Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM200,000 seperti yang diumumkan dalam Bajet 2024 oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bertujuan membantu usahawan mengembangkan lagi peniagaan mereka.
“Usahawan terpilih boleh gunakan geran diterima untuk beli peralatan yang bersesuaian dengan perniagaan masing-masing. Bagi yang berminat boleh hantar permohonan sehingga 31 Julai depan, namun perlu patuhi syarat ditetapkan.
“Segala maklumat lanjut boleh dirujuk di laman sosial saya, menerusi platform Facebook, Instagram dan TikTok dan borang permohonan boleh diimbas menggunakan kod QR di laman berkenaan,”katanya.
Allex Seah menambah, usahawan juga boleh ke mana-mana Pejabat Japerun, terus ke Pejabat Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna di Seri Negeri, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) membabitkan tiga daerah, Alor Gajah, Melaka Tengah serta Jasin bagi membuat permohonan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
KERAJAAN MELAKA SEDIA BANTU ‘HIDUPKAN’ NUSA DUSUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Kerajaan Negeri sedia membantu hampir 300 pemilik tanah-tanah terbiar di Nusa Dusun Orchard Resort, Kuala...
‘TAK PERLU LAGI TADAH BESEN’
KUALA LINGGI 18 Januari - Kepayahan yang dilalui sebuah keluarga nelayan di Kampung Telok Gong yang terpaksa menadah besen dan...
ALAMAT DIGITAL ‘MASA DEPAN’ UNTUK ORANG KAMPUNG
KUALA LINGGI 18 Januari - Pengenalan alamat digital dan kod QR lokasi rumah menerusi inisiatif Kampung Digital bakal memacu masa...
W.R.U.R: MENARA TELEKOMUNIKASI BAHARU, INTERNET PERCUMA UNTUK RAKYAT KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 18 Januari - Menara telekomunikasi baharu akan dibina di Kampung Telok Gong, di sini, bagi menambah baik jaringan...
W.R.U.R: KETUA MENTERI PROMOSI PRODUK MELAKA HARI INI
KUALA LINGGI 18 Januari - Melaka Hari Ini Sdn Bhd antara syarikat, jabatan dan agensi yang terlibat pada Program Wakil...
W.R.U.R BERI KESAN MENDALAM KEPADA RAKYAT
KUALA LINGGI 18 Januari - Edisi sulung Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (W.R.U.R) telah memberi kesan mendalam kepada penduduk Dewan...