Sorting by

×

Melaka tamat tender kantin sekolah jual makanan tidak sihat

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

TELOK MAS 3 Julai – Pengusaha kantin sekolah di negeri ini berdepan tindakan penamatan tender sekiranya didapati gagal patuh arahan larangan menjual makanan tidak berkhasiat.

Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Bakat, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Melaka, Jamsari Mariman berkata, pihaknya bersama Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) sentiasa bersama-sama turun padang bagi melakukan pemeriksaan dan pemantauan untuk memastikan pengusaha kantin di 317 sekolah rendah serta menengah seluruh Melaka, mematuhi arahan itu.

“Kita memang sentiasa memantau kantin-kantin sekolah ini bagi memastikan pengusaha mengikut amalan pemakanan sihat selain, jika gagal mereka akan diberikan surat tunjuk sebab. Pengusaha kantin tidak oleh mengikut kehendak atau citarasa murid dalam menyediakan makanan.

“Peringatan juga diberikan kepada sekolah, guru besar atau pengetua akan mengambil tindakan kepada pengusaha kantin dengan memberi amaran sebelum tindakan selanjutkan iaitu boleh menamatkan tender,” katanya.

Jamsari berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Kempen Amalan Pemakanan Sihat Peringkat Negeri Melaka 2024, yang turut dihadiri Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Temu Nor Hamizah Daud, di SK Padang Temu, hari ini.

Menurut Jamsari, jumlah kantin membudayakan amalan pematuhan makanan sihat bagi 2024 semakin meningkat jika dibangdingkan tahun sebelumnya.

“Pada tahun lalu dilaporkan terdapat 45 peratus kantin sekolah gagal patuh amalan pemakanan sihat, namun angka itu semakin menurun, kita dapati lebih 80 peratus kantin sekolah sudah patuhinya.

“Justeru itu, JPN harap dalam tempoh terdekat ini kesemua pengusaha dapat mematuhinya kerana kita ingin mendidik anak-anak mengamalkan makanan yang sihat dengan bermula dari sekolah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

756
Kongsi :
Previous post MBMB belanja RM44 juta sedia perkhidmatan kelas pertama
Next post Membudayakan amalan pemakanan sihat
Ubah saiz-+=