
MELAKA SYOR SOLAT TARAWIH 20 RAKAAT
TANJUNG BIDARA 1 Mac – Masjid dan surau di negeri ini disyor melaksanakan solat tarawih 20 rakaat berserta tiga rakaat witir.
Mufti Kerajaan Negeri Melaka Datuk Wira Abdul Halim Tawil berkata, meskipun begitu, tiada halangan untuk mana-mana masjid atau surau di negeri ini untuk menunaikan lapan rakaat solat tarawih.
“Yang penting adalah menghidupkan bulan Ramadan dengan amal ibadah, solat tarawih, tadarus Al-quran, qiamullail dan memperbanyakkan sedekah.
“Biarlah Ramadan ini mempertautkan jamaah dalam kariah masjid dan surau,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Cerapan Rasmi Hilal Ramadan 1446H/2025M di Balai Cerap Al-Khawarizmi, di sini, semalam.
Majlis cerapan itu turut dihadiri Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.
Yang turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran Perubahan lklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin, barisan Exco dan Timbalan Exco serta kenamaan lain.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
BAYI LELAKI LIMA BULAN MENINGGAL DUNIA DI BAWAH JAGAAN PENGASUH
ISKANDAR PUTERI 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan polis mengenai kejadian seorang bayi lelaki berusia lima bulan disahkan...
POLIS JOHOR TERIMA LAPORAN KES GADUH DI LALUAN MASUK BSI
JOHOR BAHRU 10 April - Polis Johor mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian pergaduhan antara dua lelaki, seperti yang tular dalam...
RUMAH TERBUKA AIDILFITRI RAIKAN SAUDARA BAHARU
AYER KEROH 10 April - Penganjuran Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Mualaf Negeri Melaka dijadualkan pada 19 April depan bakal menghimpunkan...
EJEN HARTANAH MENINGGAL DUNIA DALAM SUV
AYER KEROH 10 April - Seorang ejen hartanah ditemukan meninggal dunia dalam kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Proton X70 miliknya...
KES BULI MRSM: POLIS SELESAI REKOD KETERANGAN TUJUH PELAJAR
NIBONG TEBAL 10 April - Polis merekodkan keterangan dua lagi pelajar sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini, bagi...
DUA MAUT, SEORANG PARAH DALAM KEMALANGAN EMPAT KENDERAAN DI KUCHING
KUCHING 10 April - Dua lelaki maut manakala seorang remaja perempuan parah dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di Jalan Tun...