Sorting by

×

Melaka sudah sedia ganjaran untuk Aaron

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

AYER KEROH 10 Ogos – Kerajaan Negeri sudah menyediakan ganjaran buat anak jati Melaka, Aaron Chia yang berjaya meraih pingat gangsa di Sukan Olimpik Paris 2024.

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri VP Shanmugam berkata, kejayaan atlet berasal dari Batu Berendam itu cukup membanggakan buat Negeri Melaka apabila berjaya mempertahankan pingat yang dimenangi pada temasya sukan dunia di Tokyo empat tahun lalu.

Menurutnya, mana-mana atlet yang telah mengharumkan nama negeri sama ada di peringkat dunia atau kebangsaan sememangnya akan menerima ganjaran atau imbuhan mengikut skala yang ditetapkan.

“Memang semua anak Melaka yang berjaya dalam sukan akan diiktiraf Kerajaan Negeri menerusi sumbangan atau anugerah khas berupa wang tunai atau hadiah tertentu.

“Setiap kejayaan kita ada skala yang ditetapkan sama ada di peringkat antarabangsa, dunia, Asia, Asia Tenggara atau di peringkat Sukan Malaysia (SUKMA) akan mendapat imbuhan. Ini bukan baharu, sebaliknya memang sudah lama kita sediakan.

“Untuk Aaron, kita bercadang untuk menyelaraskan imbuhan itu bersama dengan pemenang pingat di SUKMA nanti, namun kita akan meneliti waktu terbaik untuk majlis tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menyempurnakan Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen Para SUKMA Negeri Melaka di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka Mohd Khairol Kamis; Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Negeri Melaka Mohd Asri Ninggal dan lain-lain kenamaan.

Pada 4 Ogos lalu, Aaron dan pasangan beregunya Soh Wooi Yik menghadiahkan pingat gangsa pertama untuk negara di Olimpik Paris 2024.

Dalam aksi di Porte de La Chapelle Arena, Aaron-Wooi Yik menang 16-21, 22-20, 21-19 menewaskan beregu nombor dua dunia dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

222
Kongsi :
Previous post Pelancong warga China maut, anak lelakinya cedera dirempuh kereta
Next post Para SUKMA XXI: Melaka hantar 62 atlet, sasar 9 emas
Ubah saiz-+=