
Melaka, SKMM dan TM bincang pendigitalan pembangunan M-WEZ
CYBERJAYA 8 Jan. – Beberapa kerjasama dibincangkan antara kerajaan negeri dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Telekom Malaysia (TM) pada lawatan kerja di Pejabat SKMM di Cyberjaya, di sini petang tadi.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md. Ali dalam kenyataaan berkata, lawatan terbabit bagi membincangkan segala kerjasama yang akan dijalinkan demi membangunkan pendigitalan di kawasan pembangunan Melaka Waterfront Economic Zone (M-WEZ).
“Pertemuan ini cukup penting serta membuktikan kesungguhan dan komitmen kerajaan Melaka dalam merealisasikan pembangunan koridor baharu M-WEZ di Melaka pada masa depan,” katanya.
Ketibaan delegasi kerajaan negeri tepat jam 3 petang tadi yang turut disertai Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Dr. Hasim Hasan dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pembangunan), Datuk Salhah Salleh disambut Pengerusi SKMM, Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek.
Pertemuan itu turut dihadiri, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Pembangunan M-WEZ, Mohd Yusof Abu Bakar dan Timbalannya, Rafidah Jaafar serta Ketua Pegawai Operasi TM Berhad, Ir. Ts. Azizi A. Hadi.
Views:
Related


Berita Lain
GOLONGAN MEMERLUKAN PARLIMEN JASIN TERIMA SUMBANGAN RAMADAN
MERLIMAU 14 Mac - Golongan memerlukan terus mendapat perhatian apabila sumbangan berjumlah RM15,000 beserta kit Ramadan disalurkan kepada 150 penerima...
MASIH ADA YANG SAYANG ‘ANAK-ANAK SYURGA’
MACHAP JAYA 14 Mac - Wakil Rakyat dari lima Dewan Undangan Negeri (DUN) Parlimen Alor Gajah mencipta kelainan apabila memilih...
MAIM, PERKESO PERKUKUH SINERGI PASTIKAN SALURAN BANTUAN LEBIH EFEKTIF
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkukuh kerjasama strategik melalui Program Social Synergy bagi memastikan bantuan...
‘ZARUL SOLO’ SAMUN KEDAI EMAS DITAHAN
MELAKA, 14 Mac - Polis menahan seorang penganggur digelar 'Zarul Solo' yang dipercayai terbabit dalam kes samun barang kemas melibatkan...
SANTUNI, CERIAKAN RAKYAT SETIAP KALI MUSIM PERAYAAN
LENDU 14 Mac - Menyantuni rakyat dalam kalangan golongan kurang berkemampuan khususnya setiap kali tiba musim perayaan sentiasa menjadi keutamaan...
KOMPAUN RM250, JIKA TIADA SUNTIKAN TIFOID – MBMB
AYER KEROH 14 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) teragak-agak untuk mengeluarkan kompauan kepada mana-mana peniaga Pasar Ramadan dikesan...