Sorting by

×

Melaka siap sedia buka pintu untuk pelancongan kesihatan

Masa Membaca:1 Minit, 19 Saat

AYER KEROH 9 Mac – Kerajaan negeri akan mengusulkan Melaka menjadi pintu masuk bagi koridor pelancongan kesihatan melalui jalan udara dan laut kepada kerajaan persekutuan susulan pembukaan pintu sempadan negara.

EXCO Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata perkara itu bertujuan untuk menarik lebih 1 juta pelancong Indonesia yang ingin mendapatkan perkhidmatan kesihatan di Melaka khususnya.

Katanya, menerusi hab pelancongan kesihatan itu sahaja, pelancongan negeri yang mengalami kerugian susulan pandemik COVID-19 bagi tempoh setahun dapat diatasi.

“Kita akan minta kerajaan negeri untuk usulkan kepada kerajaan persekutuan untuk membenarkan dua pintu masuk antarabangsa menerusi laut dan udara akan dibuka untuk hab pelancongan kesihatan.

“Sekiranya dibuka, ‘Less than a month we can recover for a year loss’, maknanya penghasilan untuk satu bulan ini dan dengan kemasukan pelancong begitu banyak, Insya-Allah, satu tahun punya kerugian pelancongan negeri ini dapat kita atasi.

“Membuka pintu masuk laut, dua pintu masuk antarabangsa Melaka kita dapat buka, kita akan pulihkan semula sektor pelancongan negeri dan dalam lima tahun sektor ekonomi negeri akan melambung naik malah kita mungkin mendapat dua kali ganda kenaikan ekonomi,” katanya dalam sidang media di Ayer Keroh, hari ini.

Pada masa yang sama, Muhammad Jailani berkata beliau turut akan mengusulkan juga untuk membawa masuk pelajar latihan industri dari universiti-universiti di Indonesia khusus dalam sektor perhotelan dan hospitaliti untuk menjalani praktikal selama enam bulan di Melaka.

Ujarnya latihan industri dari pelajar universiti dalam bidang terbabit dari negara jiran itu bagi mengatasi kekurangan tenaga buruh yang dialami dalam bidang perhotelan dan hospitaliti di negeri ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

855
Kongsi :
Previous post 3,200 lot tanah untuk generasi kedua Felda di Johor – PM
Next post Kerajaan Johor yang stabil hanya boleh dicapai menerusi kebijaksanaan rakyatnya
Ubah saiz-+=