Sorting by

×

MELAKA SERIUS PERKASA TVET

Masa Membaca:2 Minit, 3 Saat

AYER KEROH 20 November – Kerajaan Negeri menerusi Majlis Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Melaka mengambil beberapa pendekatan secara serius bagi memastikan pelaksanaan program untuk memperkasakan bidang itu memberikan impak seperti yang dimahukan.

Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri, Datuk Khaidirah Abu Zahar berkata, antara pendekatan tersebut ialah dengan mewujudkan tiga jawatankuasa teras bagi memastikan pembangunan TVET berjalan dengan lancar.

Khaidhirah berkata, Melaka komited untuk memastikan TVET di negeri ini berjalan dengan baik dan teratur, oleh itu Kerajaan Negeri wujudkan Jawatankuasa Induk, Jawatankuasa Kerja serta Jawatankuasa Pengurusan sebagai usaha memperkasakan bidang berkenaan.

Mengulas lanjut beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim berkata, Majlis TVET negeri dipengerusikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sendiri dan akan bersidang beberapa kali setiap tahun.

“Sekretariatnya pula adalah pihak Unit Pembangunan Negeri (UPEN). Sementara itu Jawatankuasa Kerja di bawahnya iaitu Jawatankuasa Majlis TVET Melaka dipengerusikan saya sendiri dan sekretarianya ialah daripada Perbadanan Melaka (MCORP).

“Seterusnya untuk Pengurusan akan ditubuhkan sebagai sekretariat yang akan bertanggungjawab selaku urusetia Penyelaras Program TVET Negeri Melaka bagi membantu melancarkan lagi proses pelaksanaan koordinasi dan implementasi agar lebih teratur, tersusun serta cekap,” katanya ketika berucap pada Bengkel Pemerkasaan Ahli Jawatankuasa Kerja Majlis TVET Melaka di sebuah hotel, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Melaka (MCORP), Datuk Mohd Yusof Abu Bakar.

Whatsapp Image 2024 11 19 At 5.08.59 Pm
KHAIDIRAH ketika berucap di dalam program Bengkel Pemerkasaan Ahli jawatankuasa Kerja Majlis TVET Melaka di sebuah hotel, di Ayer Keroh.

Ujarnya, penubuhan jawatankuasa terbabit adalah penting bagi memastikan kelancaran agenda pembangunan TVET negeri terutamanya dalam konteks pendidikan.

“Struktur ini ditubuhkan ini bukannya untuk menambah ‘red flag’ atau kerenah birokrasi, tetapi melancarkan proses membina modal insan melalui TVET, sekali gus memastikan pembangunan lebih sistematik dan yang paling penting berimpak tinggi.

“Malah ianya penting dalam memastikan istilah ‘mismatch’ tidak berlaku dalam kalangan lepasan graduan TVET yang ingin menceburi bidang industri berkaitan,” jelasnya.

Bengkel tersebut melibatkan seramai 70 peserta yang mewakili agensi kerajaan, institusi, industri dan badan bukan kerajaan (NGO).

Bertemakan ‘TVET Pilihan Utama Kerjaya’, bengkel itu berlangsung selama satu hari dan membabitkan empat taklimat yang disampaikan oleh panel berkaitan iaitu Ketua Penolong Setiausaha Kanan 2 Sekretariat Majlis TVET Negara; Ts. Halim Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Jabatan Pembangunan Kemahiran; Omar Md Dawi, Timbalan Pengarah Bahagian Produktiviti Insan, Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC); Mohamad Sahril Ahmad Puzi dan Pengurus Kes Kanan Cawangan Sistem Insurans Pekerjaan; Fadzli Shafiee.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

378
Kongsi :
Previous post TEATER FANTASI CAT CIT COT IMBAU SUASANA PANDEMIK COVID-19
Next post WARIS PENDEPOSIT SIMPAN SSPN TERIMA MANFAAT LEBIH RM129,000
Ubah saiz-+=