
Melaka sekali lagi ‘pencetus’ pingat Olimpik Tokyo! – Sulaiman
AYER KEROH 31 Julai – Kejayaan beregu lelaki negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang menghadiahkan pingat pertama Malaysia di Sukan Olimpik Tokyo 2020 malam tadi terus mendapat pujian pemimpin negara.
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali menerusi perkongsian di Facebook (FB) rasminya malam ini menyifatkan, kejayaan mereka menewaskan gandingan handalan Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 17-21, 21-17, 21-14 cukup membanggakan.
“Syabas dan tahniah buat pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik apabila berjaya menghadirkan pingat gangsa yang juga pingat pertama yang ditunggu-tunggu rakyat Malaysia pada temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020, hari ini.
“Saya juga tumpang bangga kerana Aaron Chia, anak muda 24 tahun ini berasal dari Melaka. Nampaknya, Melaka sekali lagi “pencetus” pingat di Sukan Olimpik Tokyo! Syabas sekali lagi Aaron Chia dan Soh Wooi Yik! Demi Malaysia!,” tulisnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KBS LUPUS 30 GELANGGANG FUTSAL TERBIAR, KERUGIAN CECAH RM12 JUTA
MELAKA, 26 April - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah melupus dan merobohkan 30 gelanggang sukan yang tidak diselenggara dengan...
NYAMUK BERWOLBACHIA KURANGKAN 70 PERATUS KES DENGGI DI MELAKA
TELOK MAS 26 April - Projek pelepasan nyamuk Aedes berWolbachia di empat lokaliti di Negeri Melaka berjaya menurunkan 70 peratus...
LEBIH 15,000 MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI UTEM
DURIAN TUNGGAL 26 April - Sambutan Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) berlangsung 23 April lalu meriah...
PEMANDU 4X4 REMPUH MOTOSIKAL SUDAH DITAHAN POLIS
KESIDANG 26 April - Pemandu kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang dipercayai terbabit dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Lebuh...
RAYA MERIAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG April 26 - Kemunculan penyanyi tersohor tanah air Datuk Hattan dan Black Hanifah memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka...
ISTERI MAUT, SUAMI PARAH DIREMPUH 4X4 DARI BELAKANG
KESIDANG 26 April - Hajat sepasang suami isteri untuk keluar makan malam bersama tidak kesampaian apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh...