Sorting by

×

Melaka sedia terima kehadiran 1,500 atlet karate Asia

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

AYER KEROH 4 Mei – Persiapan Kejohanan Karate Asia ke-19 yang akan diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka Melaka pada 19 hingga 22 Julai ini telah mencapai hampir 100 peratus.

Presiden Persekutuan Karate Malaysia (MAKAF), Datuk Wira Nur Azmi Ahmad berkata, buat masa ini persediaan lokasi dan penginapan atlet sudah diselesaikan.

Katanya, baki persiapan yang tinggal kini hanyalah membabitkan pembahagian kumpulan dan gerak kerja yang akan diselesaikan menjelang hari kejohanan terbabit.

“Lokasi kejohanan ini di MITC, dan kejohanan kali ini kita akan lebih berkualiti supaya World Karate dapat menjadikan penganjuran di Melaka sebagai contoh.

“Ini bukan bermaksud organisasi karate tidak berkualiti, cuma di Melaka kita berhasrat untuk menjadikan negeri ini tuan rumah penganjuran tercanggih di Asia untuk kejohanan kali ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Replika Cek Kejohanan Karate Asia ke-19 di Pejabat Yang Di-Pertua Negeri, Seri Negeri, di sini.

Mengulas lanjut, Nur Azmi menambah kejohanan tersebut akan melibatkan 45 negara dengan penglibatan lebih 1,500 atlet.

“Kebiasaan, atlet-atlet dari luar negara akan datang ke Melaka seminggu sebelum kejohanan berlangsung dan pemilihan penginapan adalah hotel-hotel di sekitar Ayer Keroh,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2256
Kongsi :
Previous post Alunan klasik klarinet curi tumpuan Rumah Terbuka Aidilfitri Taboh Naning
Next post Semangat baharu bola sepak Melaka
Ubah saiz-+=