Sorting by

×

Melaka sedia batal KLIP jika tidak patuhi EIA

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

SERI NEGERI 11 Mac – Melaka sedia membatalkan Projek Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) bernilai RM15 bilion di Kuala Linggi, Melaka sekiranya ianya tidak mematuhi syarat pelaksanaan khususnya laporan Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA).

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, ia adalah keputusan lazim dilakukan terhadap mana-mana projek pembangunan tambak laut di negeri ini yang perlu mematuhi EIA yang bukan sahaja terpakai kepada KLIP.

“Kalau (KLIP) tak patuhi semua (laporan EIA) kita akan batalkan. Semua pembangunan tambak laut mesti melepasi EIA dan bukan di KLIP sahaja.

“KLIP ini (perancangan) sudah lebih lima tahun dan kalau ia patuhi semua syarat ditetapkan, sudah lama ia berdiri tegak (dibangunkan),” katanya pada sidang media khas di sini hari ini selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco Kerajaan Negeri Melaka semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pandangan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun semalam yang dilaporkan berkata, KLIP perlu mematuhi EIA sekaligus memastikan projek bernilai RM15 bilion itu tidak mendatangkan masalah kepada Negeri Sembilan pada masa akan datang.

Aminuddin berkata, kerajaan negeri akan membantah dan tidak berkompromi mengenai pembangunan tersebut sekiranya ia memberi kesan buruk kepada nelayan serta hakisan tanah di kawasan Negeri Sembilan.

Beliau bagaimanapun yakin kerajaan Melaka akan melihat faktor itu selain mengambil kira laporan EIA selain berharap nelayan berdekatan dengan projek juga diberi perhatian walaupun berada di bawah Negeri Sembilan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

474
Kongsi :
Previous post 27 maut, bas terjunam ke gaung di Sumedang, Jawa Barat
Next post Wanita gagal bunuh diri
Ubah saiz-+=