Melaka sasar kutipan zakat fitrah RM5.8 juta

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 25 Mac – Pusat Zakat Melaka menyasarkan kutipan zakat fitrah di negeri ini mencecah RM5.8 juta pada tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Melaka Datuk Ibrahim Fadzil berkata, sasaran itu meningkat berbanding kutipan tahun lalu iaitu sebanyak RM5 juta.

Katanya, Pusat Zakat Melaka menyediakan enam kaedah bayaran zakat fitrah pada tahun ini secara dalam talian dan bersemuka.

“Kadar zakat fitrah tahun ini ada tiga kadar yang ditetapkan iaitu RM7, RM14 dan RM21.

“Zakat fitrah boleh dilakukan menerusi kaedah dalam talian dengan melayari Portal Zakat Melaka di www.izakat.com; Portal Melaka Pay di melakapay.melaka.gov.my atau muat turun aplikasi Melaka Pay; QR Code Maybank Pusat Zakat Fitrah dan perbankan internet Maybank2u.

“Manakala untuk kaedah fizikal, umat Islam boleh membayar kepada Amil Fitrah di masjid atau surau yang berdekatan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata pada tahun ini juga Pusat Zakat Melaka melantik 1,010 Amil Fitrah di seluruh negeri.

Jelasnya, amil-amil itu bukan sahaja ditempatkan di masjid dan surau, bahkan ada juga yang membuka kaunter bayaran zakat di pasar raya dan bazar Ramadan di negeri ini.

“Kita berterima kasih kepada pembayar zakat di negeri ini dan berharap orang ramai yang berkemampuan mengambil peluang untuk membuat bayaran zakat tanpa menunggu saat akhir,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

3953
Kongsi :
Previous post Ramadan bawa sinar rezeki buat nelayan Pengkalan Balak
Next post Jejak Du’afa Ramadan dekati 1,000 asnaf
Ubah saiz-+=