Sorting by

×

Melaka sasar 180,000 pekerja kilang divaksin

Masa Membaca:54 Saat

AYER KEROH 16 Julai – Kerajaan negeri menyasarkan seramai 160,000 hingga 180,000 pekerja industri pembuatan di negeri ini divaksin bermula bulan ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, sasaran itu dibuat susulan bermulanya Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS), hasil kolaborasi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), baru-baru ini.

Katanya, bagi mempercepatkan pemberian vaksin sebanyak tiga Pusat Pemberian Vaksin (PPV) industri telah dibuka di Texas Instruments, Infineon dan Bayou Lagoon.

Selain itu, turut dibuka adalah dua lagi PPV industri yang memfokus kepada Kawasan Perindustrian Cheng dan Krubong serta Kawasan Perindustrian Alor Gajah pada awal bulan depan.

“Kerajaan Negeri Melaka telah memohon pertimbangan agar MITI memperluaskan program PIKAS ini ke sektor lain seperti pembinaan, hotel dan perladangan, bagi mempercepatkan proses imunisasi kepada semua warga pekerja industri di Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Amanat Penjawat Awam Julai 2021 yang disiarkan secara dalam talian melalui Facebook (FB) rasmi Sulaiman Md Ali, Kerajaan Negeri Melaka dan Melaka Hari Ini sebentar tadi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

752
Kongsi :
Previous post 14,660 rakyat Melaka bakal terima vaksin setiap hari
Next post Tutup kilang 14 hari jika pekerja positif COVID – KM
Ubah saiz-+=