Sorting by

×

MELAKA SASAR 16.5 JUTA PELANCONG 2025

Masa Membaca:58 Saat

AYER KEROH 13 Januari – Kejayaan Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) memberi semangat untuk Kerajaan Negeri meningkatkan sasaran kehadiran pelancong pada tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, selepas berjaya mencapai sasaran 15 juta pelancong dan pengunjung sepanjang TMM2024, tahun ini, sasaran jumlah itu ditingkatkan kepada 16.5 juta orang.

Kata beliau, melihat kepada semangat pencapaian TMM2024, Kerajaan Negeri juga bertindak berani dan bijak untuk melanjutkan Tahun Melawat Melaka sehingga tahun 2026 sejajar dengan penganjuran Tahun Melawat Malaysia 2026.

“Pada tahun ini, Kerajaan Negeri optimis mensasarkan kehadiran seramai 16.5 juta pelancong. Insha-Allah, saya yakin kita mampu mencapai sasaran ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap Majlis Amanat Tahun Baharu 2025 di Grand Ballroom, Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Melaka Ke-12 Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; ketua-ketua jabatan dan agensi serta lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

72
Kongsi :
Previous post KUTIPAN HASIL MELAKA MENINGKAT, REKOD PENCAPAIAN TERTINGGI
Next post PASTIKAN INISIATIF BAJET 2025 MELAKA SAMPAI KEPADA RAKYAT – KM
Ubah saiz-+=