Melaka sasar 100 lokasi penganjuran MAM 2023

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

BUKIT KATIL 29 Januari – Kerajaan Negeri akan  memperluaskan penganjuran Melaka Agro Market (MAM) di negeri itu dalam usaha mengurangkan beban masyarakat berikutan kenaikan harga barangan ketika ini.

Exco Pembangunan Luar Bandar Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman berkata penganjuran MAM itu akan dilaksanakan di 100 lokasi dalam setiap mukim di Melaka pada tahun ini.

Jelasnya, ia merangkumi sekurang-kurangnya 17 kali penganjuran MAM di enam Parlimen di negeri ini.,

“Program MAM ini akan diperluaskan sepanjang tahun 2023 ini di setiap 28 Dewan Undangan Negeri meliputi 100 lokasi mukim dalam negeri ini.

“Hal ini berikutan bagi menyahut usaha kerajaan persekutuan dalam mmenangani kenaikan harga barang begitu ketara.

“Inisiatif MAM ini diurus oleh Lembaga Pemasaran Pertanian dengan usahasama dengan pelbagai pihak dari swasta dan penganjuran dua hari ini bersama Yayasan Dunia Melayu Dunia Islam (YDMDI)” katanya.

B89BD6B6-1825-4FEA-A244-A9F36A2DCFD3
Pengunjung yang hadir beratur untuk membeli telur ayam yang terdapat di Melaka Agro Market pada Program Jualan Terus Dari Ladang dengan kerjasama FAMA Negeri Melaka di Bukit Katil, Melaka. Foto: MR. AZLI

Beliau berkata demikian pada Program Melaka Agro Market dan Jualan Terus Dari Ladang (JTDL) anjuran Biro Ekonomi Dunia Melayu Dunia Islam (DMDI) dengan kerjasama FAMA Melaka di Bukit Katil.

Terdahulu, Abdul Razak mengiringi Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Mohd Ali Mohd Rustam yang juga Presiden DMDI melawat ‘walkabout’ program itu.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1642
Kongsi :
Previous post Pengunjung ambil peluang beli barang keperluan harga rendah
Next post Peniaga disaran guna transaksi digital, mudah urusan
Ubah saiz-+=