MELAKA SAMBUT BAIK PENUBUHAN PORTAL FRAUD KEBANGSAAN

Masa Membaca:1 Minit, 5 Saat

AYER KEROH 22 Oktober – Inisiatif dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan dengan menubuhkan Portal Fraud Kebangsaan dan memperkasakan peranan Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) dianggap sebagai satu langkah positif untuk memerangi penipuan dalam talian serta jenayah siber.

Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Fairul Nizam Roslan berkata, peruntukan RM20 juta bagi tujuan itu yang diumumkan pada Belanjawan 2025 yang lalu dianggap mampu membendung aktiviti jenayah siber di negara ini.

Selain itu Fairul Nizam, turut menzahirkan reaksi positif terhadap Rang Undang-Undang Keselamatan Dalam Talian yang akan digubal bagi memastikan penyedia perkhidmatan turut bertanggungjawab untuk meningkatkan tahap keselamatan khusus membabitkan kanak-kanak.

“Bagi Negeri Melaka, kita telah wujudkan jawatankuasa memerangi judi ‘online’, ‘scammer’ dan fraud dalam talian sejak 2022 lagi. Kita juga perhebatkan lagi kempen NSRC menerusi talian 997 yang membolehkan tindakan segera diambil bagi melakukan sekatan terhadap wang yang dipindahkan mangsa kepada penjenayah.

“Saya berharap berita gembira menerusi Belanjawan 2025 itu sedikit sebanyak dapat mencegah dan mengurangkan kes jenayah siber,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Untuk rekod, pada pembentangan Belanjawan 2025, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan sebanyak RM20 juta kepada NSRC untuk perhebatkan lagi peranan agensi tersebut.

Selain itu, pada Belanjawan 2025 turut diumumkan penubuhan Portal Fraud Kebangsaan sebagai ikhtiar memerangi penipuan dalam talian.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

35
Kongsi :
Previous post LAHIRKAN AHLI PUSPANITA CELIK TEKNOLOGI
Next post KEDAI MAKAN KOTOR, TIADA LESEN KENA KOMPAUN
Ubah saiz-+=