Sorting by

×

Melaka sambut baik cadangan hab fesyen

Masa Membaca:56 Saat

AYER KEROH 27 April. – Kerajaan negeri menerima baik cadangan pemaju hartanah, Sheng Tai International Sdn Bhd untuk menjadikan Melaka sebagai hab fesyen negara pada masa depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, cadangan itu bagaimanapun perlu mengambil kira fesyen bercirikan ketimuran bersesuaian dengan adat dan budaya ditonjolkan rakyat di negeri ini.

“Sekiranya cadangan itu mampu mendatangkan limpahan ekonomi yang baik dan (fesyen) tidak menjolok mata, kenapa tidak? dan saya menyokong cadangan itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan program Pelepasan Jelajah Sokongan Road To Tokyo 2020 di pekarangan Kompleks Seri Negeri di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr Hasim Hasan dan Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail.

Semalam, menerusi laporan media, Sheng Tai Internantional Sdn Bhd bakal menjadi satu-satunya syarikat pemaju di Malaysia yang mahu membangunkan hab fesyen bertaraf antarabangsa di negeri ini.

Cadangan itu akan direalisasikan menerusi kerjasama dengan platform penyiaran yang berpangkalan di Paris, FashionTV dan ia dijangka mampu menarik lebih banyak pelaburan langsung asing ke dalam negara ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

292
Kongsi :
Previous post Melaka harap atlet negeri mampu menyinar di Sukan Olimpik
Next post Buruh ladang dera dua anak dipenjara 22 tahun
Ubah saiz-+=