Melaka salur lebih RM15 juta sumbangan Aidilfitri

Masa Membaca:1 Minit, 47 Saat

MASJID TANAH 24 April- Kerajaan negeri memperuntukkan kira-kira RM15 juta bagi sumbangan Hari Raya untuk diagihkan kepada lebih 7,000 penerima golongan sasar bagi meringankan bebanan dalam menyambut Aidilfitri kurang 10 hari lagi.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata jumlah itu adalah total keseluruhan penerima dalam negeri Melaka di mana Majlis Agama Islam Melaka(MAIM) Sahaja telah mengeluarkan sumbangan sebanyak RM10 juta kepada penerima yang layak.

Katanya, jumlah itu diagihkan kepada golongan fakir miskin dan golongan yang kurang bernasib baik di semua kawasan dalam negeri ini.

“Dianggarkan lebih RM 15 juta yang diperuntukkan kerajaan negeri melalui pelbagai agensi untuk diagihkan di mana (membabitkan) kira-kira lebih 7,000 penerima tidak termasuk golongan mualaf.

“Di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerusi Tabung Wang Amanah Kebajikan Negeri pula memperuntukkan sebanyak RM384,000 untuk diagih kepada 1,740 penerima pada tahun ini berbanding seramai 1,400 penerima pada tahun lalu.

“Kesemua penerima akan mendapat wang sumbangan Aidilfitri ini sebelum 3 Mei dan diharapkan sedikit sebanyak sumbangan daripada kerajaan ini dapat meringankan bebanan penerima,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Penyampaian Sumbangan Hari Raya Aidilfitri Tahun 2022 Negeri Melaka di Kompleks Belia dan Sukan di sini, hari ini.

SULAIMAN

Hadir sama, EXCO Hal Ehwal Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan Datuk Kalsom Nordin, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) V P Shanmugam dan EXCO Perpaduan Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna, Ngwe Hee Sem

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan DUN Taboh Naning, Zulkiflee Mohd Zain.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata seramai 310 penerima sumbangan Aidilfitri itu dari lima DUN dalam Parlimen Alor Gajah menerima sumbangan Aidilfitri dalam majlis tersebut.

Ujarnya, bagi di kawasan-kawasan lain, agihan akan dilaksanakan oleh pemimpin masyarakat atau ADUN kawasan.

“Kerajaan peka terhadap golongn kurang berkemampuan ini, setiap kali musim perayaan kita akan bantu.

“Saya minta semua penerima untuk mendoakan semoga Melaka maju dan sama-sama meningkatkan ekonomi negeri, ada lebih rezeki, kita akan beri lebih, doakan moga ngeri maju,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

564
Kongsi :
Previous post BAM mahu jadikan Terbuka Malaysia kejohanan berprestij
Next post ‘Jammed Squad’ suraikan kesesakan lalu lintas
Ubah saiz-+=