Sorting by

×

Melaka River Cruise terpaksa tanggung rugi

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

KOTA LAKSAMANA 6 Jan- Perkhidmatan Melaka River Cruise menanggung kerugian besar selepas operasinya terpaksa dihentikan akibat hujan berterusan dan banjir yang melanda sejak Sabtu lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Datuk Murad Husin berkata, anggaran kerugian itu bagaimanapun tidak dapat dimaklumkan secara tepat.

“Kalau tidak berjalan sudah tentu rugi tetapi jumlah sebenar tidak dapat diberitahu kerana bimbang nilainya tidak tepat.

“Kebiasaan pada hari biasa Isnin hingga Khamis kita operasi seperti biasa kutipan dianggarkan antara RM30,000 hingga RM50,000.

“Manakala untuk Jumaat hingga Ahad pula kutipan diperoleh antara RM50,000 hingga RM100,000,” katanya.

Beliau bagaimanapun memaklumkan Melaka River Cruise dijangka boleh beroperasi bermula hari ini (6 Jan).

Namun, pihaknya masih menunggu kebenaran daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri untuk mendapatkan bacaan semasa paras air Sungai Melaka.

“Kami sebenarnya sedang menunggu ‘green light’ dari JPS, sepatutnya kita sudah mula operasi hari ini tetapi disebabkan paras air meningkat jadi kita minta JPS untuk tutup pintu air di Batu Hampar.

“Kalau boleh tutup air tidak deras kerana kalau tidak air akan turun lebih banyak ke bawah. Ketinggian air setakat ini di Taman Rempah dah cecah kira-kira 1.3 meter,” katanya.

Melaka Hari Ini sebelum ini melaporkan operasi Melaka River Cruise dihentikan sementara ekoran peningkatan paras air Sungai Melaka dan arus deras akibat hujan berterusan yang melanda negeri ini.

Keadaan itu menyebabkan ikon pelancongan negeri itu tidak dapat beroperasi selama enam hari.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2001
Kongsi :
Previous post Abang Jo, barisan Kabinet baharu mampu buat Sarawak terus cemerlang – PM
Next post Wan Hassan Wan Ahmad Ketua Polis Kedah baharu
Ubah saiz-+=