Sorting by

×

Melaka River Cruise sedia 5,000 tiket untuk Bila Larut Malam

Masa Membaca:59 Saat

BANDARAYA MELAKA 14 Julai – Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) memperuntukkan sebanyak 5,000 tiket untuk pengunjung menikmati suasana malam menggunakan perkhidmatan Melaka River Cruise (MRC)  bersempena program Melaka Bila Larut Malam.

Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Kewangan yang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM, Khairunnisa Ibno Masooda berkata, langkah itu bertujuan melancarkan perkhidmatan kepada pengunjung dan orang ramai.

Menurut beliau, bagi setiap edisi Melaka Bila Larut Malam, penjualan tiket akan bermula pada jam 8.30 malam di Dataran Pengkalan Rama, manakala di Quayside pula pada jam 11 malam.

“Bila Larut Malam ini akan beroperasi bermula jam 11 malam sehingga 2.00 pagi namun jika pada waktu itu masih ada lagi pengunjung yang datang dan ingin menaiki bot kita akan menerimanya.

“Malah bagi melancarkan operasi di setiap jeti dan kaunter, untuk penganjuran ini terdapat tambahan kakitangan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya, dengan tawaran harga tiket hanya RM10 setiap seorang ia bukan sahaja menarik penduduk Melaka tetapi juga pelancong luar.

“Kita dapati selain orang Melaka, pelancong luar juga ramai termasuklah dari luar negara yang tidak melepaskan peluang untuk menikmati keindahan menelusuri Sungai Melaka dengan MRC,” ujarnya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

890
Kongsi :
Previous post Melaka Bila Larut Malam Edisi Julai: Perzim laksana tiga program serentak
Next post Festival Malakka Dutch pamer keunikan warisan Belanda
Ubah saiz-+=