
Melaka River Cruise rekod 80,000 pengunjung pada Ogos
BANDA HILIR 21 Sept. – Tarikan pelancongan Melaka River Cruise (MRC) merekodkan jumlah pengunjung memberangsangkan dengan kedatangan seramai 80,000 orang pada Ogos.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, jumlah angka itu disifatkan perkara positif yang mampu meningkatkan jumlah kedatangan pelancong domestik ke Melaka sekali gus mencapai sasaran tujuh juta pelancong menjelang akhir tahun ini.
Bagaimanapun, katanya beliau masih belum memperolehi perkembangan terkini mengenai keseluruhan jumlah pelancong setakat ini.
“Pada bulan Ogos sahaja, Melaka River Cruise mencecah 80,000 pengunjung terutama pada minggu terakhir bulan itu.
“Bagaimanapun, kedatangan pelancongan bagi keseluruhannya pada awal tahun sehingga kini masih belum diperincikan lagi kerana kita baru berada pada pertengahan September.
“Saya belum dapat maklumat terperinci dan perkembangan terkini daripada semua pengusaha termasuk hotel, ‘homestay’ dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas merasmikan Festival Layang-layang di Pulau Melaka di sini, semalam.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERIMA TAMBAHAN VAKSIN INFLUENZA
MACHAP JAYA 19 April - Kerajaan Negeri meneruskan program pemberian vaksin influenza secara percuma kepada warga emas di negeri ini...
MOU ANTARA AKCC, SK TUNSAS DAN UUMISM, PERKASA SUKAN GOLF MELAKA
AYER KEROH 19 April - Sebagai usaha untuk melahirkan lebih ramai pemain golf berkualiti dari Negeri Melaka, Ayer Keroh Country...
TAMBAH BOT PERANTARA, LANCARKAN KEMASUKAN PELANCONG MELALUI KOMPLEKS ICQS
AYER LIMAU 19 April - Jumlah ‘middle boat’ atau bot perantara bagi membawa penumpang kapal persiaran berlabuh di perairan Selat...
PERZIM LESTARIKAN BUSANA TRADISIONAL KLASIK
BANDAR HILIR 19 April - Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memperkenalkan busana tradisional terbaharu sebagai inisiatif memartabatkan semula seni, budaya dan...
‘POGHUT’ AYER LIMAU BERAYA SAKAN
AYER LIMAU 19 April - Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau berlangsung dengan penuh kemeriahan apabila...
MERIAHNYA RAYA DI MACHAP JAYA
MACHAP JAYA 19 April - Kira-kira 2,500 tetamu hadir memeriahkan sambutan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap...