Sorting by

×

MELAKA RIVER CRUISE PROMOSI WTD 2025

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

AYER KEROH 25 Oktober – Pelekat World Tourism Day 2025 (WTD 2025) dipasang pada bot Melaka River Cruise (MRC) sebagai hebahan Negeri Melaka mewakili Malaysia sebagai tuan rumah WTD atau Hari Pelancongan Dunia, September tahun depan.

Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Kewangan yang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif Perpadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) Khairunnisa Ibno Masooda berkata, sebagai sebuah agensi yang menawarkan produk pelancongan pihaknya mengambil langkah mengadakan persiapan awal untuk promosikan WTD.

Katanya, sebagai tuan rumah bagi sambutan acara berprestij itu, PPSPM mahu membantu mempromosikan WTD 2025 menggunakan bot MRC.

“Sebagai persediaan awal untuk menyambut WTD 2025 kita memasang pelekat sambutan pada dua buah bot.

“Bot-bot yang siap dipasang dengan pelekat itu kita gunakan membawa menteri-menteri ASEAN yang hadir pada Mesyuarat Menteri-Menteri Kebudayaan dan Kesenian ASEAN Ke-11 (AMCA Ke-11),” katanya.

Menurutnya, selain itu beberapa perancangan lain sedang dirangka pihaknya sebagai persediaan merancakkan lagi sambutan WTD 2025.

Terdahulu, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memaklumkan penganjuran WTD 2025 akan diatur dengan terperinci bagi menjadikannya sebagai satu acara ‘hebat’ yang memukau dan memperkenalkan keunikan negara ini kepada dunia.

Meskipun Melaka sebagai tuan rumah namun Kerajaan Negeri amat mengalu-alukan kerjasama dan penyertaan daripada semua negeri di Malaysia untuk bersama-sama menjayakan WTD 2025 yang turut membabitkan penganjuran World Tourism Conference (WTC) 2025.

Ujar beliau, Melaka mahu berkongsi platform WTD 2025 untuk mempromosikan keunikan budaya, warisan dan sektor pelancongan Malaysia yang ada di semua negeri di Malaysia.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

856
Kongsi :
Previous post PERSEMBAHAN BUDAYA DI EMPAT LOKASI HUJUNG MINGGU INI
Next post MINGGU SAINS NEGARA MELAKA LEPASI SASARAN AWAL
Ubah saiz-+=