Sorting by

×

Melaka River Cruise pilihan ramai

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

BANDARAYA MELAKA 4 Ogos – Edisi ketiga penganjuran program Bila Larut Malam terus mendapat sambutan ramai apabila kaunter tiket Melaka River Cruise di Pejabat Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) diserbu seawal jam 8.30 malam.

Meskipun program Bila Larut Malam bermula pada jam 11 malam namun itu tidak menjadi halangan kepada pengunjung untuk membuat pembelian tiket lebih awal dan menunggu di Jeti Pengkalan Rama.

Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Kewangan yang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Khairunnisa Ibno Masooda berkata, dipihak PPSPM mereka sentiasa bersedia untuk menerima kedatangan pengunjung terutamanya pada program Bila Larut Malam.

“Kita sasarkan pengunjung untuk edisi Ogos ini seramai 3,000 orang namun begitu setiap kali program Bila Larut Malam, PPSPM sediakan 5,000 tiket.

“Bagi menampung kedatangan pengunjung dan mengelak berlakunya kesesakan, sebanyak 20 bot digerakkan pada malam ini (semalam).

“Selain orang Melaka, kebanyakkan yang mengambil peluang menjayakan Bila Larut Malam ini adalah pelancong luar,” katanya ketika ditemui di Pejabat PPSPM.

Img 20240804 103230 755
KHAIRUNNISA.

Menurutnya, dari semasa ke semasa pihaknya sentiasa melakukan penambahbaikkan bagi memberi keselesaan kepada pengunjung.

“Antara yang kita lakukan juga adalah memastikan susun atur dan laluan pergerakan pengunjung dibuat dengan baik serta teratur,” katanya.

Sementara itu, selain Melaka River Cruise turut menjadi tumpuan ramai dan destinasi pilihan pengunjung adalah Windmill Pink Market dan Floating Market.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

414
Kongsi :
Previous post Suasana malam di Zoo Melaka gamit keterujaan pengunjung
Next post Pengunjung teruja dengan pakej Melaka Bila Larut Malam
Ubah saiz-+=