Sorting by

×

Melaka River Cruise perkenal pakej baharu Taman Mini Sigua

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

BANDARAYA MELAKA 5 Ogos – Produk pelancongan baharu di bawah Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) iaitu Taman Mini Sigua, beroperasi bermula hari ini.

Pengarah Jabatan Khidmat Pengurusan dan Kewangan yang menjalankan tugas Ketua Pegawai Eksekutif PPSPM Khairunnisa Ibno Masooda berkata, bersempena dengan pembukaan itu PPSPM memperkenalkan pakej baharu buat pengunjung Melaka River Cruise (MRC).

Katanya, jika sebelum ini penumpang MRC hanya dibawa menelusuri dan melihat keindahan Sungai Melaka tetapi dengan adanya tarikan baharu tersebut mereka akan meluangkan masa di Taman Mini Sigua itu sebelum meneruskan perjalanan.

“Taman Mini Sigua akan beroperasi bermula hari ini dan sehubungan itu juga MRC memperkenalkan pakej baharu berkuatkuasa hari ini.

“Pakej baharu itu menggabungkan tiket menaiki MRC dan masuk ke Taman Mini Sigua yang mana penumpang atau pelancong hanya perlu membayar RM33 seorang bagi yang berusia 12 tahun keatas.

“Manakala pakej untuk kanak-kanak berusia dua hingga 12 tahun pula berharga RM23. Ini adalah harga pengenalan sempena pembukaan Taman Mini Sigua,” katanya.

Menurut Khairunnisa, Taman Mini Sigua bakal menyediakan beberapa tarikan untuk pengunjung, antaranya rumah terbalik, simulator helikopter, selain permainan untuk kanak-kanak.

“Kita akan turunkan penumpang di jeti Taman Mini Sigua ini dan mereka akan luangkan masa untuk melihat tarikan yang ada.

“Jika sebelum ini waktu perjalanan menaiki bot hanya 45 minit tetapi dengan adanya pakej ini tempoh akan bertambah lebih daripada satu jam.

“Kita yakin dengan adanya produk baharu ini ia bakal menjadi tarikan bersempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2015
Kongsi :
Previous post 1,000 meriahkan Car Free Zone @Alor Gajah
Next post MPJ kompaun kafe, pusat hiburan sekitar Jasin
Ubah saiz-+=