Melaka River Cruise kembali beroperasi
Masa Membaca:26 Saat
PENGKALAN RAMA 6 Jan – Selepas lima hari ditutup berikutan arus deras dan paras air sungai yang tinggi, Melaka River Cruise akhirnya kembali beroperasi petang ini.
Melaka River Cruise dalam satu kenyataan memaklumkan, operasinya telah dibuka bermula jam 3 petang tadi.
“Operasi Melaka River Cruise akan dibuka semula kepada orang ramai bermula jam 3 petang.
“Waktu operasi Melaka River Cruise telah kembali pulih iaitu dari jam 9.00 pagi sehingga jam 11.00 malam setiap hari,” kata kenyataan itu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
945