
Melaka rekodkan satu kes Kluster Berendam
AYER KEROH 17 Nov. – Satu kes baharu penularan COVID-19 membabitkan seorang individu lelaki direkodkan di mukim Rim, Daerah Jasin semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Anti Dadah Datuk Rahmad Mariman berkata, kes yang direkodkan terbabit merupakan penularan daripada kontak rapat jangkitan daripada Kluster Berendam.
Ujarnya, dalam rekod berkenaan dua kes sembuh turut direkodkan, manakala seramai 47 individu masih dirawat di Hospital Melaka.
“Dua kes yang sembuh terbabit telah direkodkan di Daerah Melaka Tengah malah tiada penambahan kes baharu dicatat di daerah sama semalam.
“Manakala, bagi kes membabitkan Kluster Bandar Merlimau Utara (BMU) masih kekal dan tiada sebarang penambahan kes semalam.
“Pada masa sama, Daerah Melaka Tengah masih kekal sebagai zon jingga dan kita berharap agar penularan wabak ini mampu dikawal agar Melaka kembali sihat dengan perubahan kepada zon hijau,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Dalam pada itu, menurutnya rekod setakat 12 tengah hari semalam, sebanyak 29 kes direkodkan positif di Melaka Tengah mengakibatkan kawasan terbabit kekal menjadi Zon Jingga diikuti Daerah Jasin dengan sebanyak 12 kes dicatatkan.
“Selain itu, tiada kes import baharu direkodkan di Melaka, sekali gus menjadikan negeri ini mencatat sebanyak 47 kes yang masih aktif membabitkan tiga daerah di Melaka.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...