
Melaka rekod lagi satu kluster baharu
AYER KEROH 1 Mei. – Melaka merekodkan 18 kes positif COVID-19 dari kluster baharu iaitu Kluster Kampung Hilir Alor Gajah, semalam.
Menurut sumber Jabatan Kesihatan Negeri, ia adalah kes indeks kluster yang dikesan positif selepas menjalani saringan bergejala di Hospital Alor Gajah.
“Seramai 17 orang kontak rapat dikesan positif hasil saringan kontak rapat.
“Siasatan mendapati majoriti mereka 90 peratus menjalankan aktiviti tadarus al-Quran di sebuah surau dan merebak sehingga ke generasi kedua di dalam komuniti.
“Bagaimanapun seramai 528 individu telah disaring oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD),” kata kenyataan itu.
Manakala bagi perincian kes sebanyak 55 kes positif direkodkan yang mana 51 kes tempatan dan empat kes import.
“Terdapat pertambahan kes bagi kluster sedia ada iaitu satu kes bagi Kluster Jalan Kesidang, tujuh kes bagi Kluster Teknologi Ayer Keroh dan satu kes Kluster Kota Syahbandar.
“Setakat hari ini sebanyak 333 kes sedang dirawat yang mana sembilan kes adalah di Unit Rawatan Rapi (ICU),” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, VAN TERBABAS REMPUH BESI PENGHADANG
ALOR GAJAH 12 Mac - Seorang lelaki maut manakala seorang lagi cedera dalam kemalangan membabitkan sebuah van di Kilometer 209.1...
AIDILFITRI: RAKYAT MELAKA DIGALAK DAFTAR APLIKASI ‘VSP’
AYER KEROH 12 Mac - Orang ramai khususnya penduduk di negeri ini disaran menggunakan aplikasi Volunteer Smartphone Patrol (VSP) bagi...
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...