Sorting by

×

(Kemas kini) Melaka rekod 3,633 keluarga status miskin tegar – KM

Masa Membaca:1 Minit, 25 Saat

MASJID TANAH 9 Jan – Melaka merekodkan sebanyak 3,633 Ketua Isi Rumah (KIR) berstatus miskin tegar setakat Dis 2021 yang berada di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata, berikutan itu kerajaan negeri akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan bagi mengurangkan kadar PGK berkenaan di negeri ini.

“Dulu sebelum kerajaan pusat naikkan garis kemiskinan ikut ekonomi semasa… kita sifar miskin tegar, tapi apabila paras garis kemiskinan dinaikkan itu sebab sekarang kita ada miskin tegar.

“Seluruh Melaka kita ada sebanyak 3,633 miskin tegar. Paras miskin tegar ini RM1,289 isi rumah perkapita…maknanya pendapatan sebanyak RM337 sebulan.

“Dulu paras garis kemiskininan tak silap saya RM700 ke RM900, tapi apabila kerajaan pusat maklumkan paras garis kemiskinan dinaikkan, jadi di Melaka menjadi ramai,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan pada Program I care For You DUN Lendu di Balai Raya Solok Duku Masjid Tanah, hari ini.

Pada program itu seramai 40 KIR menerima sumbangan wang tunai sejumlah RM500 bagi DUN lendu.

SULAIMAN memberikan sumbangan wang tunai sejumlah RM500 kepada penduduk DUN Lendu pada Program i Care For You DUN Lendu di Balai Raya Solok Duku, hari ini.

Sulaiman berkata bantuan awal itu diberikan bagi mereka yang berstatus miskin tegar yang disenaraikan dalam eKasih.

“Harini DUN Lendu sahaja sebanyak 40 KIR dapat wang tunai RM500, mereka KIR yang miskin tegar.

“Untuk membantu mengurangkan kadar ini kita akan mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan mengikut perancangan sehingga tahun 2025.

“Harap kadar kemiskinan melibatkan sebanyak 3,633 KIR itu akan dapat dikurangkan apabila kita bantu kelak,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2031
Kongsi :
Previous post Mangsa banjir di Johor berkurangan, Pahang dan Melaka kekal
Next post Suami isteri rentung, tujuh melecur dalam kebakaran 40 rumah di Tawau
Ubah saiz-+=