Sorting by

×

Melaka rangkul Anugerah Best Heritage Tourism Development

Masa Membaca:1 Minit, 27 Saat

MELAKA 28 Julai – Usaha berterusan Kerajaan Negeri menerusi Tourism Melaka dalam memelihara warisan sejarah termasuk kebudayaan mendapat pengiktirafan apabila menerima anugerah ‘Best Heritage Tourism Development.

Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman berkata, anugerah itu diterima pada Majlis Anugerah Industri Pelancongan 2024 yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Katanya, pengiktirafan diterima itu adalah hasil usaha bersama semua pihak antaranya Kerajaan Negeri, agensi pelancongan termasuk juga masyarakat setempat yang tidak jemu menyokong inisiatif yang dijalankan.

“Kami amat berbesar hati dan berbangga dengan pencapaian diterima dan ini membuktikan komitmen berterusan Kerajaan Negeri dalam memelihara warisan serta budaya di Melaka.

“Selain meningkatkan mutu pelancongan dengan produk pelancongan yang terdapat di Melaka ini.

“Justeru itu, Melaka akan terus berusaha untuk meningkatkan pengalaman pelancongan dengan memperkenalkan produk pelancongan yang inovatif dan menarik,” katanya menerusi kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, majlis anjuran bersama Malaysia International Tourism Development Association (MTDA) dan Santai Travel itu menyaksikan penyertaan daripada pelbagai entiti pelancongan dari seluruh Malaysia.

“Anugerah ini diberikan berdasarkan penilaian menyeluruh terhadap sumbangan Melaka dalam mempromosikan dan mengembangkan sektor pelancongan negara.

“Malah ini juga adalah penghormatan kepada  industri pelancongan dalam menyemarakkan lagi sektor pelancongan negara menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026,” katanya.

Jelasnya Abdul Razak, anugerah Best Heritage Tourism Development diterima itu juga merupakan penghargaan kepada semua penggiat industri pelancongan Melaka yang telah berusaha keras terutamanya dalam kempen Tahun Melawat  Melaka 2024 (TMM2024).

“Malah diharap dengan anugerah diterima ini ia akan dapat menarik lebih ramai pelancong ke Melaka dan sekaligus merancakkan ekonomi penduduk tempatan termasuk mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia,” katanya.

Terdahulu, perasmian majlis berprestij itu disempurnakan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

434
Kongsi :
Previous post Bersih persekitaran rumah atau kena tindakan – MBMB
Next post Digital Creator Masterclass MHI berbaloi, penuh ilmu bermanfaat
Ubah saiz-+=