Sorting by

×

MELAKA RANCANG TAMBAH PAKAR PERANCANG BANDAR MENUJU NEGERI PINTAR

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 13 Disember – Kerajaan Negeri merancang untuk menambah pakar dalam bidang Perancangan Bandar dalam usaha menuju negeri pintar.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata, setakat ini Melaka mempunyai seramai 50 Pegawai Perancang Bandar.

Katanya, keperluan itu memandangkan pegawai-pegawai tersebut boleh berkhidmat dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), selain pelbagai agensi kerajaan, antaranya Straits of Melaka Waterfront Economic Zone’ (SM-WEZ); Perbadanan Melaka (MCORP) dan Lembaga Perumahan Melaka (LPM).

“Setakat ini jumlah tersebut masih dilihat mampu menampung keperluan dalam perancangan negeri membangunkan pelbagai pembangunan termasuk mewujudkan bandar mampan namun kita berharap ia dapat ditambah pada masa hadapan.

“Kumpulan profesional ini penting dalam membantu Kerajaan Negeri merencana perancangan bagi penentuan hala tuju pembangunan yang mampan khususnya dalam memastikan keempat-empat PBT kekal dan meraih status bandar mampan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2024 Peringkat Negeri Melaka di sebuah hotel, di sini, semalam.

Hadir sama, Ketua Pengarah Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia), Datuk TPr. Dr. Alias Rameli; Exco Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Datuk Kalsom Noordin serta Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Zulkiflee Mohd Zin.

Yang turut hadir, Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem;Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Zahari Abd Kalil serta lain-lain kenamaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

140
Kongsi :
Previous post PUTRA 2 BAKAL RANCAKKAN SEKTOR PELANCONGAN KESIHATAN MELAKA
Next post ‘SCAMMER’ KAUT HAMPIR RM76 JUTA DI MELAKA TAHUN INI
Ubah saiz-+=