Melaka promosi pelancongan ke Pulau Pinang

Masa Membaca:1 Minit, 37 Saat

GEORGETOWN 13 Jun – Pulau Mutiara menjadi destinasi terbaharu kerajaan negeri dalam mempromosi dan menarik pelancong domestik ke negeri Melaka.

Pemilihan negeri itu dilihat mempunyai perasamaan sejarah dan ia diadakan menerusi rombongan delegasi Melaka ke Pulau Mutiara yang diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Kehadiran Sulaiman yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas pada jam 3 petang tadi diiringi EXCO Pelancongan negeri Datuk Muhammad Jailani Khamis.

Sulaiman kemudian dijangka mengadakan kunjung hormat bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di Hotel Royal Chulan, Georgetown.

Kedua-dua pemimpin itu seterusnya dijadual akan merasmikan Seminar Semarak Pelancongan dan Sesi Padanan Niaga Revitalise dan Rejuvenate Melaka 2022 pada jam 8 malam ini di hotel sama.

Turut diadakan seminar sesi taklimat kemas kini produk pelancongan Melaka selain bertukar pandangan mengenai aktiviti pelancongan bagi negeri yang diiktiraf Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) itu pada jam 6 petang ini.

Di samping itu, seminar itu juga dijalankan sesi soal jawab membabitkan Badan Promosi Pelancongan (BPP) dan pemain industri pelancongan antara dua negeri.

Seterusnya Sulaiman akan menunaikan solat Isyak di Masjid Kampung Acheh.

Esok Sulaiman dijangka melawat Jajaran Tembok Kota Lama (Explanade) dan The Top @ Komtar.

Mengakhiri lawatan ke Pulau Pinang Sulaiman akan mengadakan kunjung hormat keatas Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak di Hotel Eastern and Oriental, Georgetown.

Pada 8 hingga 12 Jun lalu, Sulaiman juga mengetuai misi Galakan Pelancongan Negeri Melaka ke Dumai dan Pekanbaru, Indonesia yang bakal memperikan impak positif kepada perkembangan pelancongan Melaka.

Perkara ini berdasarkan layanan istimewa dan maklum balas amat baik diterima daripada pemimpim utama termasuk Gurbenur Provinsi Riau dan Walikota Pekan Baru.

Antara intipati utama ketika lawatan ke Dumai dan Pekan Baru adalah kemasukan pelancong melalui laluan udara, operasi kapal (roll on-roll off) RORO dan usaha meningkatkan lagi kemasukan pelawat dari Riau ke Melaka khusu membabitkan sektor pelancongan kesihatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1159
Kongsi :
Previous post Peniaga durian tepi Lebuh AMJ diarah tutup
Next post Kejayaan Janusha buktikan anak Malaysia hebat di pentas dunia – PM
Ubah saiz-+=