Melaka pilihan pelabur, industri berteknologi tinggi

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

AYER KEROH 23 Jun – Sebanyak 3,000 peluang pekerjaan baharu bakal diwujudkan selepas syarikat ATX Semiconductor (Suzhou) Co Ltd (ATX) memulakan operasi di Kawasan Perindustrian Bebas (FTZ) Batu Berendam pada 2026.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh kini dalam rangka lawatan kerja rasmi ke China bersama delegasi Kerajaan Negeri turut singgah untuk meninjau operasi di kemudahan milik ATX yang  juga pemain industri elektrik dan elektronik ke-7 terbesar dunia.

“Kehadiran saya bersama delegasi Kerajaan Negeri Melaka disambut oleh pengurusan tinggi ATX yang diwakili oleh Encik Youtian Sun.

“Dalam pertemuan itu saya dimaklumkan bahawa Melaka merupakan lokasi pelaburan pertama syarikat itu di luar negara. Ketika ini kemudahan ATX di FTZ Batu Berendam dalam fasa pembinaan,” kata Ketua Menteri menerusi hantaran di Facebook rasmi beliau.

Delegasi Kerajaan Negeri Melaka turut disertai wakil Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia MIDA Negeri Melaka dan Invest Melaka Berhad.

Beliau berkata, sebagai sebuah negeri mesra pelabur, MIDA dan Invest Melaka turut melakukan perbincangan bersama wakil ATX bagi memastikan keperluan fasilitasi, kemudahan asas serta tenaga kerja mahir bagi meyokong operasi syarikat itu nanti disediakan.

“Menjadi hasrat Kerajaan Negeri untuk menyokong syarikat ATX agar berkembang maju di Melaka. Selain itu saya turut mendapat berita gembira apabila ATX juga dijangka akan membuat pelaburan modal baharu dalam tempoh terdekat ini.

“Pelaburan itu nanti bakal menjana lebih 7,000 peluang pekerjaan dalam masa 10 tahun akan datang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1249
Kongsi :
Previous post Gema alunan selawat di Dataran Sejarah
Next post Ayam Saga masa depan industri penternakan
Ubah saiz-+=