
Melaka perlu perkukuh sekuriti makanan, ambil kira isu dan cabaran
SERI NEGERI 5 Mac – Kerajaan Negeri perlu perkukuh sekuriti makanan dengan mengambil kira isu dan cabaran sepanjang rantaian bekalan makanan.
Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam berkata hal itu kerana bidang pertanian merupakan sektor ketiga penyumbang terbesar kepada ekonomi negeri.
Katanya, semua proses bermula daripada input pertanian hingga ke sisa makanan perlu diambil kira.
“Saya difahamkan Melaka merupakan antara pengeluar telur ayam yang terbesar di Malaysia, berdasarkan laporan itu, saya harap Kerajaan Negeri dapat memastikan pengeluaran telur ayam sentiasa pada paras optimum serta dan dapat memenuhi permintaan.
“Selain itu, Kerajaan Negeri turut disaran untuk meningkatkan output pengeluaran pertanian lain seperti padi, kelapa dan sayur-sayuran agar dapat memenuhi permintaan dalam negeri mahupun luar Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian pembukaan Persidangan Pertama Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas Tahun 2024 di Dewan Undangan Negeri Melaka, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPJ KONGSI REZEKI RAMADAN
JASIN 12 Mac - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) menyemarakkan bulan mulia ini dengan Program Kongsi Rezeki Ramadan 2025 berkonsepkan sumbangan...
MAIM ANJUR QIYAMUNNAHAR RAMADAN BERSAMA MUALAF
AYER KEROH 12 Mac - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menerusi Bahagian Balai Islam akan menganjurkan dua siri Program Qiyamunnahar...
KAUNTER ZAKAT FITRAH DALAM KOLEJ
JASIN 12 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) mengambil langkah proaktif dengan menyediakan kaunter pungutan zakat fitrah di kolej berkenaan....
BOMBA MELAKA SASAR ‘RESPONSE TIME’ BAWAH 9 MINIT
JASIN 12 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Melaka komited meningkatkan mereka perkhidmatan terutamanya dalam memendekkan tempoh...
ASAM PEDAS TETEL PENGGANTI BUBUR LAMBUK
KLEBANG 12 Mac - Penduduk Kampung Balik Buloh, Klebang Besar memecahkan tradisi, apabila menjadikan asam pedas sebagai pengganti bubur lambuk...
TUJUH DEKAD PERZIM LESTARI WARISAN, PERKUKUH IDENTITI BANGSA
AYER KEROH 12 Mac - Selama tujuh dekad, Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) memainkan peranan besar sebagai sebuah institusi yang bukan...