Sorting by

×

Melaka perkenal kaedah baharu laluan kontra atasi kesesakan

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

BANDA HILIR 17 Disember – Melaka akan memperkenalkan kaedah baharu penyuraian trafik di lokasi tumpuan pelancong dengan mengaktifkan beberapa laluan kontra.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, langkah itu diambil berikutan masih berlaku kesesakan di beberapa lokasi dipercayai disebabkan masih ramai pengguna jalan raya tidak mengetahui kewujudan laluan kontra yang diperkenalkan sejak pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir pada setiap malam minggu.

Ketua Menteri berkata, pihaknya meletakkan kepercayaan penuh kepada petugas trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menentukan laluan kontra baharu yang dapat membantu kelancaran trafik di negeri ini.

“Kita akan perkenalkan beberapa kaedah baharu dalam mewujudkan laluan kontra kerana saya dapati masih ramai pengguna jalan raya belum biasa apabila jalan ditutup sehingga menyebabkan beberapa kawasan agak sesak.

“Hal ini kerana hasil makluman petugas trafik, pada malam ini sahaja (16 Disember), dianggarkan lebih 30,000 kenderaan masuk ke Negeri Melaka.

“Berdasarkan jumlah yang datang terlalu ramai hingga menimbulkan kesesakan luar biasa, sudah pasti beberapa penambahbaikan di laluan kontra perlu dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Program Mural Evolusi Polis Diraja Malaysia dan Lawatan Tapak Santai @ Bandar Hilir sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024) di Tembok Balai Polis Melaka Tengah, Jalan Mahkamah, di sini, malam tadi.

Hadir sama, Exco Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna, Allex Seah Shoo Chin; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Datuk Shadan Othman dan Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Christopher Patit.

Dalam pada itu, Ab Rauf meminta orang ramai agar tidak bimbang untuk menjadikan Melaka sebagai destinasi percutian memandangkan Kerajaan Negeri sentiasa cakna terhadap

“Kita percaya akan lebih ramai lagi pengunjung akan hadir ke Melaka, apatah lagi bersempena TMM2024 yang tidak lama lagi.

“Dengan kaedah sedia ada kita akan tambah baik lagi termasuklah memperkenalkan kaedah baharu laluan kontra yang saya katakan tadi untuk menguraikan trafik,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1596
Kongsi :
Previous post TMM2024 perkukuh hubungan Melaka-China
Next post Lukisan, mural ubah wajah bangunan usang di Banda Hilir – KM
Ubah saiz-+=