Sorting by

×

Melaka perkenal 6 hentian Bas Singgah-singgah

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BANDARAYA MELAKA 18 Feb. – Sebanyak enam hentian Bas Singgah-singgah dilawati dalam sesi lawatan tapak dikelolakan Bahagian Promosi Pelancongan (BPP) Negeri Melaka hari ini.

Lawatan itu diketuai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan, Kemudahan Awam dan Infrastruktur negeri, Datuk Roslan Ahmad.

Hadir sama, Pengurus Besar BPP Melaka, Sa’ari Basiron, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Datuk Murad Husin, Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Mohd Nasruddin Rahman, Pengurus Besar Panorama, Datuk Abu Bakar Abdul dan Ketua Pegawai Eksekutif Menara Taming Sari Berhad, Azlan Abidin.

Lawatan yang disertai Melaka Hari Ini itu dimulai dengan melihat tapak pelaksanaan Bas Singgah-singgah di Melaka Sentral.

Ia disusuli lawatan di semua hentian bas pelancongan elektrik itu bermula di Zoo Melaka dan kemudiannya ke Bangunan Merah, Muzium Samudera dan Menara Taming Sari di Banda Hilir.

Lawatan itu berakhir di Muzium Kapal Selam dan Dataran Klebang sebelum berpatah balik ke Melaka Sentral.

Sebelum ini, Melaka mengumumkan perkhidmatan bas pelancongan pertama di negeri ini yang dikenali sebagai Bas Singgah-singgah dengan nilai pelaburan RM20 juta.

Bas berkenaan akan menggunakan bas elektrik yang dilengkapi ‘Virtual Augmented Reality Goggle’ dan jadual ‘drop off’ and ‘hop on’ di beberapa lokasi pelancongan terpilih dalam negeri ini yang dijangka beroperasi menjelang Mac depan.

Views:

1335
Kongsi :
Previous post Karnival Kerjaya 3 Daerah sedia 2,000 tawaran kerja – KM
Next post Semakin ramai anggota komuniti pertikai adat Melayu
Ubah saiz-+=