Sorting by

×

Melaka optimis nilai pelaburan terus meningkat

Masa Membaca:1 Minit, 1 Saat

BATU BERENDAM 7 Julai – Jumlah pelaburan 2023 bagi Negeri Melaka dijangka terus meningkat dan melepasi angka RM8.2 bilion yang dicapai sepanjang tahun lalu.

Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, keyakinan itu adalah berdasarkan kepada sasaran awal pelaburan sebanyak RM6 bilion sudah hampir dicapai bagi tempoh pertengahan pertama tahun ini.

“Dengan penambahan pelaburan daripada beberapa syarikat termasuk Texas Instruments sebanyak RM5 bilion bagi pembinaan fasiliti bangunan kilang baharu, kita sudah hampir mencapai sasaran pelaburan yang ditetapkan.

“Tapi saya percaya kita mampu mencapai lebih lagi (nilai pelaburan) dan berupaya mengatasi RM8.2 bilion diperoleh tahun lalu.

“Apapun, kita akan maklumkan nilainya dari semasa ke semasa sehingga penghujung tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Kilang Baharu Texas Instruments Electronics, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman dan Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri, Datuk Khaidhirah Abu Zahar.

Turut hadir, Duta Amerika Syarikat ke Malaysia Brian McFeeters; Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Wira Arham Abdul Rahman dan pengurusan tertinggi Texas Instruments Electronics.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2139
Kongsi :
Previous post Pelawa syarikat konglomerat AS melabur di Melaka
Next post Ibu, teman lelaki direman bantu siasatan kematian kanak-kanak lelaki 3 tahun
Ubah saiz-+=