
‘Melaka Nightlife’: Muzium Penjara Malaysia anjak operasi hingga 2 pagi
BANDA HILIR 28 Mei – Muzium Penjara Malaysia Melaka akan menganjakkan waktu operasinya hingga jam 2 pagi bersempena penganjuran Program Melaka Bila Larut Malam atau ‘Melaka Nightlife’ pada 1 Jun depan.
Pengarahnya, Penguasa Penjara Aswari Che Ibrahim berkata, muzium penjara tertua negara terletak di Banda Hilir itu menawarkan tiket serendah RM1 bagi memberi peluang kepada orang ramai berkaitan sistem pelaksanaan hukuman di Malaysia.

RUANG pameran Muzium Penjara Malaysia Melaka.
Menurutnya, tiket RM3 dikenakan bagi dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak warganegara Malaysia, sementara itu RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak pelawat asing.
“Pelbagai tarikan ditawarkan kepada pengunjung, mereka berpeluang melawat sel banduan sebenar, bilik gantung, bilik asingan banduan dan menyaksikan simulasi hukuman sebat rotan.
“Orang ramai dijemput hadir memeriahkan dan merasai pengalaman sebenar berada di dalam penjara yang dibina pada 1860 sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024),” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RXZ RIDE EDITION 3.0: ‘HOMESTAY’ DI MELAKA MERIAH
AYER KEROH 15 Disember - Penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0 baru-baru ini dilihat membawa limpahan rezeki kepada pengusaha...
MAIM PERKENAL SKIM BANTUAN SIMPANAN PELAJARAN ANAK ASNAF
TELOK MAS 15 Disember - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperkenalkan satu lagi skim bantuan baharu dalam membantu pendidikan anak-anak...
MINAT MAIN DAM BAWA TUAH, AHCHAI RANGKUL KEMENANGAN BERGANDA
AYER KEROH 15 Disember - Bermula dengan minat bermain dam aji dan menjadikannya sebagai hobi, tuah berganda menyelebahi Ng Hock...
KAMPUNG FELDA TUN GHAFFAR AIR KANGKONG TERIMA ENAM PROJEK PEMBANGUNAN KOMUNITI
JASIN 15 Disember - Pemilihan Kampung Felda Tun Ghaffar Air Kangkong sebagai Kampung Angkat MADANI Tahun 2025 memfokuskan enam skop...
MPHTJ KELUAR LEBIH 3,000 KOMPAUN PELBAGAI KESALAHAN
BUKIT KATIL 15 Disember - Sebanyak 3,058 kompaun dikeluarkan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bagi tempoh Januari hingga 5...
‘MUSEUM FUN WALK’ PUPUK AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
BANDA HILIR 15 Disember – Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) menganjurkan 'Museum Fun Walk' khusus untuk kakitangannya bagi memupuk kesedaran terhadap...
