Sorting by

×

Melaka negeri pertama terap elemen permainan dalam karnival kerjaya

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

AYER KEROH 13 Julai – Melaka muncul negeri pertama dalam negara memperkenalkan kaedah gamifikasi (permainan) dalam penganjuran karnival kerjaya.

Elemen itu diterapkan pada Karnival Kerjaya MYFutureJobs Melaka Careertrans 2024 yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, selama dua hari bermula hari ini dan esok.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, kaedah tersebut merupakan satu pendekatan baharu oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) bersama majikan terlibat dalam membuat penilaian secara tersembunyi kepada pencari kerja.

Jelas beliau, kaedah itu dapat membantu mencari pekerja terbaik yang mempunyai daya kreativiti dan keyakinan yang tinggi untuk sesuatu jawatan yang ditawarkan.

“Saya amat kagum kerana penilaian terbaharu ini dibuat secara tersembunyi dan tidak lagi berdasarkan temuduga secara fizikal.

“Ia secara tidak langsung dapat membantu majikan memilih pekerja terbaik untuk mengisi kekosongan yang ditawarkan berdasarkan kecerdasan minda dan kecekapan setiap calon yang hadir,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival Kerjaya MYFutureJobs Melaka Careertrans 2024, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azhar Arshad; barisan Exco Kerajaan Negeri; Timbalan Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Siti Faizah Abdul Azis; Pengerusi Lembaga PERKESO Datuk Seri Subahan Kamal dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed.

Menurut Ketua Menteri, karnival kerjaya itu menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai sektor kepada orang ramai, membabitkan lebih 40 majikan.

Jelas beliau, setakat Januari hingga Jun tahun ini, seramai 2,349 rakyat Melaka telah berjaya mendapat tempat pekerjaan melalui PERKESO, di mana 187 orang daripadanya adalah merupakan penerima manfaat Skim Insurans Pekerja (SIP).

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

337
Kongsi :
Previous post 300 peserta sahut saranan amalan hidup sihat
Next post Melaka peneraju teknologi Jerman
Ubah saiz-+=