Melaka negeri pertama siri lawatan kerja Yang Dipertua Dewan Rakyat

Masa Membaca:1 Minit, 3 Saat

SERI NEGERI 23 Julai – Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menerima kunjungan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul dipejabatnya, di sini, hari ini.

Turut serta pada pertemuan itu Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azhar Arshad.

Terdahulu, Johari tiba di pejabat Ab Rauf pada jam 12.30 dan pertemuan tersebut berlangsung kira-kira hampir dua jam.

Pertemuan tersebut merupakan siri lawatan kerja Johari ke DUN di Semenanjung Malaysia sempena Pra-Persidangan Speaker-Speaker Parlimen dan DUN Se-Malaysia 2024 yang dijadualkan berlangsung pada September depan.

Hasil pertemuan itu dimaklumkan terdapat perbincangan untuk saling bertukar pandangan selain mengenal pasti cabaran pengurusan sidang DUN Melaka dalam usaha memperkasakan institusi legislatif negara.

Antara lain yang turut dibincangkan adalah mengenai bagaimana Melaka boleh menjadi lokasi tumpuan untuk perkembangan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) memandangkan Melaka merupakan negeri mesra pelabur.

Pertemuan itu turut menyentuh mengenai Melaka sebagai negeri pelancongan yang turut menyumbang dalam Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) selain menyentuh secara asas mengenai isu nasional dan pelbagai lagi.

Difahamkan, selepas Melaka Johari akan meneruskan sesi lawatan kerjanya dengan mengadakan pertemuan dengan Speaker DUN Negeri Sembilan, Datuk MK Ibrahim Abd Rahman.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

537
Kongsi :
Previous post Bunuh Zulfarhan: Enam bekas penuntut UPNM dijatuhi hukuman gantung sampai mati
Next post Hadiah buat ibu, ayah
Ubah saiz-+=