
‘Melaka Munajat’ serikan sambutan Hari Kemerdekaan
AYER KEROH 30 – Kira-kira 1,500 warganet menyertai Melaka Bermunajat sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-64 Peringkat Negeri Melaka 2021 secara atas talian, sebentar tadi.
Majlis bacaan zikir dan munajat disambut penuh kesyukuran disiarkan secara langsung selama lebih sejam di laman Facebook.
Program anjuran Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bermula sekitar 8.45 malam tadi disertai Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri, Toh Puan Datuk Wira Dr Asmah Abd Rahman serta kepimpinan negeri yang lain.
Acara penuh keberkatan itu dimulakan dengan zikir munajat dibimbing Penceramah Selebriti Astro Oasis, Ustaz Haji Dzulkarnain selama sejam dan disusuli doa penutup oleh Mufti Melaka, Datuk Wira Abdul Halim Tawil.
Majlis julung kali diadakan secara atas talian di Facebook berakhir tepat jam 10.15 malam tadi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SAMB BERI KEBENARAN SEWA TANAH KEPADA MITCH BINA PENCAWANG, TIDAK GANGGU BEKALAN AIR
Seri Negeri 29 April - Kebenaran menyewa tanah milik Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) bagi pembinaan pencawang telekomunikasi oleh Melaka...
KUALA SUNGAI BARU KINI ANTARA LIMA PEKAN UTAMA DAERAH ALOR GAJAH
SERI NEGERI 29 April - Meskipun lokasinya berada di hujung Utama Melaka, Kuala Sungai Baru kini menjadi antara lima pekan...
TIADA KLUSTER ‘ILI’ DIREKODKAN DI MELAKA
SERI NEGERI 29 April - Tiada sebarang kluster berkaitan kes Penyakit Seperti Influenza (ILI) direkodkan di Negeri Melaka setakat ini....
TIADA PERTUKARAN, HANYA PERHALUSI PORTFOLIO EXCO – KM
SERI NEGERI 29 April - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sedang memperhalusi portfolio-portfolio barisan Exco Kerajaan Negeri....
TUDUHAN DEMI TUDUHAN, JEMU DENGAN FITNAH POLITIK BERULANG – AB RAUF
SERI NEGERI 29 April - Audio mirip suara Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang tular disifatkan...
DUA SYARAT UNTUK PENTERNAK BABI PAYA MENGKUANG
SERI NEGERI 29 April - Penternak babi di Paya Mengkuang, Kuala Sungai Baru perlu mematuhi dua syarat ketat yang ditetapkan...