Sorting by

×

MELAKA MILIKI ‘AURA’ GAMIT PEMINAT RXZ

Masa Membaca:1 Minit, 32 Saat

AYER KEROH 12 November – Melaka sebagai sebuah negeri pelancongan memiliki aura tersendiri untuk menggamit puluhan ribu peminat dua roda pada perhimpunan Ride Edition RXZ Members Melaka Chapter 2024 di Dataran MITC, di sini, 6 dan 7 Disember depan.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, keunikan produk pelancongan dan makanan menarik yang ada di bumi bersejarah ini menjadi satu nilai tambah kepada acara yang menghiasi kalender Tahun Melawat Melaka 2024 pada penghujung tahun itu.

Menurut beliau,Melaka telah terbukti berupaya menganjurkan pelbagai program besar sepanjang tahun ini sehingga menggamit jutaan pelancong dari dalam dan luar negara.

“Walaupun acara himpunan ini pernah dianjurkan di Terengganu, namun Terengganu mempunyai cara mereka dan Melaka ada cara Melaka tersendiri.

“Jika Terengganu ada keropok lekor, di Melaka kita ada cencaluknya, kuih keria, coconut shake dan pelbagai lagi yang dapat menarik kehadiran pelancong menikmati makanan ikonik ini.

“Sempena TMM2024 ini kita amat mengalu-alukan kedatangan sesiapa sahaja kerana di Melaka, macam-macam ada,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Hadiah Proton X50 Sempena Ride Edition RXZ Members Melaka Chapter 2024 di Hotel MITC, di sini, hari ini.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer; Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) Datin Sapiah Haron dan lain-lain kenamaan.

Dalam pada itu, Ab Rauf memaklumkan impak penganjuran program itu kini mula dirasai apabila inap desa dan hotel-hotel di negeri ini mula mendapat tempahan daripada peminat motosikal RXZ.

“Saya berharap peminat-peminat RXZ ini dapat merancang perjalanan mereka ke Melaka pada tarikh tersebut dan ciptalah kenangan terindah di negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

810
Kongsi :
Previous post PROTON X50 MENANTI GENG RXZ DI MELAKA
Next post WARISAN MELAYU MELAKA DIPERLUAS HINGGA NUSANTARA
Ubah saiz-+=