Sorting by

×

MELAKA MARTABAT SUKAN RAKYAT DAM AJI DAN KONDA KONDI

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

SERI NEGERI 25 April – Permainan Dam Aji dan Konda Kondi diangkat menjadi sukan warisan budaya Negeri Melaka.

Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr.Mohd Ali Mohd Rustam berkata usaha memartabatkan semula sukan rakyat itu merupakan satu langkah yang amat positif.

Katanya, langkah itu dilihat berupaya untuk memelihara budaya tempatan yang semakin dilupakan khususnya dalam era digital kini.

“Syabas diucapkan kepada Kerajaan Negeri atas usaha memartabatkan semula sukan rakyat iaitu permainan Dam Aji dan Konda Kondi. Usaha ini dilihat dapat memperkenalkan semula permainan rakyat kepada generasi muda.

“Saya harap usaha ini disambut baik oleh semua pihak dan sukan ini akan menjadi sebahagian daripada sukan warisan budaya Melaka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapan perasmian pembukaan Persidangan Pertama Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Kelima Belas di Dewan Persidangan Dewan Undangan Negeri Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dan isteri Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Ab Aziz.

Turut bersama, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Azhar Arshad; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan negeri serta ketua-ketua jabatan agensi kerajaan.

Untuk rekod, Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh memaklumkan permainan tradisional warisan Melaka konda kondi akan diangkat menjadi cenderamata rasmi sempena sambutan Hari Pelancongan Sedunia 2025 (WTD2025) serta Persidangan Pelancongan Sedunia 2025 (WTC) pada September depan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

194
Kongsi :
Previous post RAKYAT MELAKA PERLU HAYATI PRINSIP RUKUN NEGARA – TYT
Next post INISIATIF DIGITAL TINGKATKAN TAHAP KETERHUBUNGAN RAKYAT MELAKA